Latest News

Wednesday 16 August 2017

Banjir di Sabah : Salah siapa ?


1.  Kelemahan pembangunan yang dibuat oleh manusia sangat mudah untuk dirungkai apabila “The Act of God”  mendedahkannya.

2.  Sistem perpartian yang dibina berasaskan piawaian yang direkomendasi oleh juruperunding bertauliah. Sehinggakan mitos wujud bahawa kononnya apabila siap pembinaan itu, maka ia dapat mengatasi musibah banjir.

3.  Satu perkara yang dilupakan oleh juruperunding itu adalah membina sesuatu di atas bumi yang menghalang semulajadi aliran air, secanggih manapun binaan itu, tidak akan mampu  menghindar bencana alam yang hendak berlaku.

4.  Banjir kilat yang melanda beberapa tempat hujung minggu lalu, termasuk ibu negeri, malah di Kota Belud yang hampir meranapkan kawasan Jelapang Padi, menunjukkan bahawa infrastruktur yang dibina bagi mengatasi banjir tidak cukup canggih menghalang kejadian banjir.
 

5.  Rekomendasi juruperunding yang mengaku pakar kejuruteraan dengan mudah diketahui,  bahawa mereka itu bukanlah juruperunding yang mahir, atau dengan kata lain, indah khabar daripada rupa, melihat dengan keupayaan mereka.

6.  Akibat kelemahan juruperunding, bukan sahaja kerajaan tidak mendapatkan sesuatu yang diharapkan apabila berbelanja ratusan juta ringgit bagi membina infrastruktur yang seharusnya menghalang kejadian banjir kilat, para pemimpin kerajaan, khususnya Ketua Menteri, terpalit dengan kelemahan itu.

7.  Apa yang malang lagi, mereka yang anti kerajaan dengan mudah menuding jari kepada Ketua Menteri, malah ada yang terang-terangan mendakwa bahawa Ketua Menteri “songlap” wang, seperti yang ditulis Zainnal Ajamain di laman facebook miliknya, kononnya pam air tidak dapat dibeli, kerana wang kerajaan dipoketkan oleh Datuk Musa.

8.  Kenyataan Zainnal itu, sebenarnya mempunyai merit untuk dibawa ke mahkamah, kerana dakwaan itu, sungguh serius, apatah lagi, ianya dimuat naik, apabila ramai rakyat berdepan dengan musibah banjir kilat.

9.  Musa bukanpun seorang jurutera, beliau merupakan ahli perniagaan dan kewangan yang bertukar angin menjadi ahli politik.

10.  Jika kerajaan negeri yang diketuai Musa melantik para perunding bagi projek-projek tebatan atau mitigasi banjir, ianya bukan berasaskan penilaian Ketua Menteri, akan tetapi ditentukan oleh para jurutera kerajaan yang diketuai Pengarah Jabatan Kerjaraya.

11.  Musa terperangkap dengan kualiti kakitangan sendiri, dan beliau dapat mengetahui sejauh mana ilmu dan kemahiran mereka itu, apabila “the act of god” membantu beliau merungkainya.

12.  Kejadian banjir kilat, membuka mata Datuk Musa, bahawa juruperunding yang mengaku mahir dan pakar, sebenarnya tidaklah demikian.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook