Latest News

Tuesday 22 August 2017

DAKWAAN JUNZ WONG - DAKWAAN BOHONG DAN TIPU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) This is the reason why Sabahan must ensure Opposition win big in the coming GE... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

PENGGUNA facebook itu menggunapakai maklumat yang bersandarkan dakwaan Junz Wong, mantan ADUN DAP Likas. Di mana majoriti rakyat Sabah tahu bahawa individu itu adalah seorang kaki klentong dan pembohong.

Tahun lepas, pernah digantung sebagai adun selama 6 bulan kerana memalukan dun Sabah dan didapati menipu berkaitan seorang wanita cina yang mencederakan dirinya, Akan tetapi menurut ADUN Likas itu yang kononnya diragut di Kompleks membeli-belah Suria Sabah.

Berkaitan dakwaan pengguna facebook itu dan sekaligus penyokong pembangkang itu yang kononnya Datuk Seri Musa Aman memerkaya saudara mara beliau berkaitan FMU hutan Sabah. Sebenarnya dakwaan karut, kerana kewujudan FMU sebelumpun Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pelaksanaan FMU semasa Datuk Yong Teck Lee Ketua Menteri Sabah.

Sejak Musa menjadi Ketua Menteri, bukan sahaja pembalakan dihentikan. Akan tetapi keluasan hutan kekal bertambah lebih 100%. Sebagai contoh tahun 2002, keluasan hutan Sabah hanya 838 ribu hektar, tahun 2017 telah meningkat kepada 1.7 juta hektar. Matlamat kerajaan negeri, pada tahun 2025, 30 peratus tanah Sabah diliputi hutan kekal.

Melihat kepada penambahan keluasan hutan, di mana letaknya saudara Musa mendapat konsesi balak? Sedangkan lesen pembalakan sudah dibekukan sejak tahun 2006.

Pembangkang kalau tidak menip, maka bukanlah pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook