Latest News

Monday 7 August 2017

Dakwaan Mimpi Page TULUN SABAH!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Setelah kekayaan Sabah dipungut bersih oleh Malaya... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SETIAP tulisan Pengguna akaun palsu Tulun Sabah adalah palsu dan sesuai dengan namanya. AFS terpaksa memberi maklum balas agar pelayar media sosial tidak tertipu dan dinafikan maklumat betul.

Untuk pengetahuan rakyat Sabah yang masih hidup sehingga ke hari ini termasuk anak-anak muda, sejak Sabah merdeka bermula tahun 1963, semua pemimpin Sabah adalah rakyat Sabah sendiri. 

Jika ada dakwaan bahawa kekayaan Sabah diambil atau dirampas pihak lain. Bermakna, Sabah sejak tahun 1963 tidak pernah diperintah oleh rakyat Sabah. Pihak lain dapat merampas atau mengambil hak Sabah atau kekayaan Sabah apabila bukan diperintah oleh rakyat sendiri, seperti mana zaman British masih memerintah Sabah. Zaman Britisih dan semua kekayaan Sabah diangkut ke London.

Namun, selepas Sabah merdeka dan diperintah rakyat Sabah, jika ada kekayaan Sabah ianya bukan diambil atau dirampas pihak lain, melainkan disalah guna oleh pemimpin Sabah sendiri. Sebab itu, ada pemimpin dalam jangka masa singkat ada yang jadi kaya raya.

Hasil Sabah yang dikongsi dengan Persekutuan hanya hasil minyak, kerana asas kepada industri itu adalah padat modal. Sabah tiada kemampuan pada tahun 1974 untuk melabur dalam idustri minyak. Sebab itu bersetuju mendapatkan bayaran 5% tanpa modal bagi setiap hasil minyak yang diperolehi di Sabah.

Adat pelaburan dan pelabur perlu mendapat pulangan balik daripada wang yang dilabur. 

Pengguna facebook palsu seperti TULUN SABAH itu hanya hero di laman sosial, kerana sebenarnya dia tidak tahu apa-apa. 

Jika betullah TULUN SABAH itu manusia, sebenarnya dialah manusia yang cuba bercakap sesuatu yang dia tidak tahu, malah 100% apa yang dia cakap hanya satu mimpi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook