Latest News

Tuesday 22 August 2017

DANA PARTI POLITIK DIBELANJAKAN KE MANA?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Waaa Kerajaan melalui PM memberi RM2 JUTA kepada Setiap Ketua Bahagian UMNO di Ranau... Oleh FB Page Darell Leiking (screenshot)

MENGAPA Darell Leiking sibuk dengan dana parti? Dana parti adalah untuk parti. Sebab itu semasa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mewakili Perdana Menteri semasa merasmikan mesyuarat UMNO Zone 4 menyebut dana itu diberikan oleh Presiden parti kepada 4 Ketua Bahagian UMNO berjumlah RM8juta, dan masing-masing bahagian mendapat RM2juta bagi menjalankan aktiviti parti.

Takkanlah Perdana Menteri tidak tahu membezakan antara dana parti dengan wang kerajaan.

Parti UMNO adalah parti besar dan telah wujud sudah 70 tahun. Syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan parti sudah mempunyai kemampuan menyumbang kepada parti. Selain itu, sahabat-sahabat UMNO masih ada yang menyumbang demi menjalankan aktiviti parti dan pada masa yang sama membela ahli-ahli parti.

Kepada Darell Leiking, dana RM200 juta daripada Peter Anthony sudah habiskah? Wang itu adalah untuk parti Warisan dan penyokong serta ahli parti. Tiada yang siapa yang mempertikai, mengapa pula cuba ikut campur dana yang diberikan  Presiden parti lain? Cemburu ka? Kalau mahu juga mendapatkan dana, masuklah UMNO, kalau tidak percaya tanya Datuk Shafie Apdal semasa masih dalam UMNO, berapa dana parti yang disalurkan kepada beliau sebagai Ketua Bahagian.

Kepada Darell Leiking,  jangan kelirukan rakyat berkaitan dana parti dan wang kerajaan. Dana untuk parti bukan wang rakyat, ianya wang parti.  

Datuk Seri Musa Aman sebagai mantan banker dan ahli perniagaan tahu betul perbezaan antara dana parti dan wang kerajaan.

Anda salah alamat dan memberikan dakwaan yang mana menunjukkan bahawa anda benar-benar ketandusan isu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook