Latest News

Friday 25 August 2017

Donald Trump Jemput Najib Ke Rumah Putih- Lobi Mahathir Musnah


1. Sumbangan wang kepada kempen Hillary Clinton yang dikatakan sebesar AS5juta, dan sebagai balasan kepada sumbangan itu, maka DOJ Amerika yang diketuai oleh penyokong parti Demokrat menyediakan kertas pendakwaan sivil berkaitan 1MDB.


2. Melalui kertas dakwaan sivil itu, disenaraikan bebagai macam harta, kononnya dibeli menggunakan wang 1MDB. Pada masa yang sama syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia itu menafikan ada membeli harta-harta sedemikian, atau kehilangan wang berjumlah seperti mana harga pembelian harta-harta yang disenaraikan dalam kertas DOJ itu.

3. Oleh kerana 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan harta yang disenaraikan, maka ancaman DOJ untuk menyita harta-harta itu, tidak mendapat reaksi sedikitpun daripada syarikat gergasi itu, kerana tidak patutpun memberi reaksi, kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan.

4. Dengan menggunakan kata-kata kasar, lantaklah DOJ. 

5. Sudah lebih setahun kertas Saman sivil DOJ itu berlegar-legar, tiadapun tindakan susulan ke mahkamah, dan tiadapun tindakan mahkamah berminat dengan kertas itu.

6. Sebenarnya, kertas saman sivil DOJ itu, hanya tindakan di atas kertas, bertujuan politik, dan mainan surat khabar yang membuat laporan mengenainya, supaya edaran surat itu melonjak naik.

7. Di Malaysia pula, kertas saman sivil itu, digunakan oleh pihak pembangkang sebagai isu utama, malah mereka telah melangakui keputusan agensi Amerika seperti FBI, kononnya, Dato Seri Najib Razak dalam senerai untuk ditangkap.

8. Jemputan Presiden Amerika Donald Trump kepada Dato Seri Najib Razak ke Rumah Putih pada 12 September, sebenarnya telah mengautakan seluruh dakwaan pihak pembangkang, termasuk surat-surat khabar pro mereka, berkaitan kedudukan DS Najib. Jemputan Trump itu, menunjukkan, bahawa saman DOJ semasa diketuai oleh Elizabeth Lyanch, penyokong Demokrat, sudah ditong sampahkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook