Latest News

Thursday 17 August 2017

FUNGSI DAN OPERASI JABATAN KERAJAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Fakta inilah yang merisaukan team pendedak dan pencacai Umno Beend... Oleh FB Momogun (screenshot)

Sesebuah jabatan kerajaan akan berfungsi dengan baik apabila peruntukan bagi jabatan itu mencukupi. Sekiranya peruntukan tidak mencukupi kebiasaannya jabatan tersebut hanya wujud seperti “rumput di tepi jalan hidup segan mati tak mahu”.

Oleh kerana kewujudan sesebuah jabatan kerajaan akan melantik kakitangan, maka untuk kelangsungan jabatan itu serta kakitangannya terus dapat berkerja, maka kerajaan mencari inisiatif dalam segi pembiayaan.

Salah satu kaedah meneruskan kelangsungan sesebuah jabatan adalah dengan cara “merge” dengan jabatan serupa yang lebih besar. Cara seumpama ini lazimnya dipraktikkan dalam syarikat-syarikat atau perbankan.

Mereka yang tidak faham perjalanan sesebuah jabatan seperti mana penyokong pembangkang yang hanya tahu bercakap berkaitan nama,  tapi tidak tahu berkaitan dengan perjalanan atau operasi sesebuah jabatan.

Tiada jabatan yang boleh beroperasi tanpa bajet. Kalau kita rujuk senarai jabatan yang ditularkan oleh penyokong pembangkang itu adalah jabatan yang berbentuk perkhidmatan, dengan kata lain memerlukan peruntukan untuk beroperasi.

Perkhidmatan yang diberikan suatu jabatan tetap saja berterusan walau siapapun yang mengawalnya. Namun, perkhidmatan yang diberikan tidak akan dinikmati rakyat Sabah, jika jabatan itu terpaksa ditutup kerana tiada peruntukan dana.

Sebagai contoh perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.  Ia tetap sahaja berjalan seperti biasa, malah menguntungkan rakyat Sabah dan negeri. Jika peruntukan tidak disediakan , maka kita perlu tahu bahawa dana peruntukan bagi perkhidmatan itu diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

Penyokong pembangkang yang mahu sangat jabatan-jabatan yang disenaraikan diurus sendiri oleh negeri termasuk peruntukkannya, menunjukkan mereka itu TIADA pengetahuan berkaitan ekonomi, kewangan dan pengurusan.

Rupanya penyokong pembangkang, adalah “kumpulan-kumpulan kera, apabila mendapat bunga, tidak tahu erti bunga itu”.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook