Latest News

Tuesday 15 August 2017

Ganggu Nothing to Hide 2.0 - Keputusan Atas Meja


1.  Keputusan di atas meja, bagi menghalang Nothing to hide 2.0 diteruskan sama-sama kita ketahui. Tidak sampai setengah jam program itu, Tun Dr Mahathir terpaksa diiringi keluar kononnya untuk keselamatan beliau.

2.  Di atas meja, dalam keputusan penganjuran terakhir program itu, program itu perlu ditamatkan sebaik sahaja Tun Dr Mahathir naik ke pentas.

3.  Keputusan yang  diputuskan, sebaik sahaja program itu ditamatkan, maka pemimpin pembangkang terus membuat sidang akhbar, dan membuat dakwaan, bahawa program itu disabotaj oleh Dato Seri najib Razak.

4.  Memang rogram itu menurut hemat Tun Dr Mahathir patutpun  dihalang berlangsung  bagi mengelak beliau membuka pekong sendiri.

5.  Ajakan untuk Dato Seri Najib Razak hadir pada program itu untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir, adalah ajakan gimik,  bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa Tun Dr Mahathir lebih berani berbanding Dato Seri Najib.

6.  Memangpun, penganjur tahu, bahawa  Dato Seri Najib tidak akan datang berdebat dengan Tun Dr Mahathir, kerana perbedaan status. Tun Dr Mahathir tiada status berdebat dengan Dato Seri Najib.

7.  Strategi Tun Dr Mahathir seolah-olah program nothing to hide 2.0 disabotaj, memakan sendiri, kerana rakyat majoriti tahu, mantan Perdana Menteri itu, merupakan dalang utama dalam sandiwara itu. 

8.  Rakyat majoriti tahu, Tun Dr Mahathir seperti burung unta, memasukkan kepala ke dalam pasir, dan memikirkan orang lain tidak nampak.

9.  Sebenarnya, setiap permainan politik Tun Dr Mahathir sudah diambil maklum oleh majoriti rakyat, kerana mantan Perdana Menteri itu sudah sinonim dengan politik licik dan menghalalkan cara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook