Latest News

Wednesday 30 August 2017

Gerakan Autonomi - Apa yang Rakyat Sabah Perlu Tahu ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Datuk Seri, janganlah becakap pasal Autonomi Sabah... Oleh FB Jovilis Majami (screenshot)

Kerajaan Sabah yang diterajui parti UMNO, lebih cenderung kepada penurunan kuasa berbanding autonomi. Penurunan kuasa lebih luas jangkauannya berbanding autonomi.


Pihak yang berkehendakan autonomi, sebenarnya mahu menyekat peluang-peluang Sabah, kerana melalui kuasa autonomi, kuasa-kuasa Sabah hanya berlegar-legar di wilayah sendiri.

Walaupun PBS merupakan komponen parti BN, akan tetapi tindakan parti itu terbawa-bawa oleh tindakan parti pembangkang, yang bermotifkan Sabah for Sabahan atau membawa pengertian kepada kerajaan autonomi.

Mereka yang bercakap berkaitan autonomi, sebenarnya, mahu mengekang peluang-peluang rakyat Sabah berkembang. 

Pengalaman pemerintahan Sabah yang bersifat tertutup pada tahun 1985-1994, telah menyumbang kepada kemunduran Sabah. Berasaskan fakta, pemerintahan tertutup atau bahasa mudahnya kerajaan autonomi, bagi negeri yang sedang membangun, banyak kekurangannya berbanding kelebihan.

Sabah tidak selamanya boleh menghandalkan kepada khazanah hutan atau tanah atau minyak, kerana sumber alam itu, mempunyai keterbatasan, berbanding ekonomi yang bercorak perdagangan, pembuatan dan perkhidmatan.

Kini, ekonomi Sabah sangat bergantung pada sektor perdagangan, perkhidmatan dan pelancongan. Berasaskan kepada bentuk ekonomi demikian, maka Sabah bukan sahaja perlu berjalan seiring dengan negeri-negeri lain, akan tetapi perlu membuka diri termasuk kepada pemodal atau peniaga antara bangsa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook