Latest News

Tuesday 8 August 2017

Hasil Minyak Sabah - Siapa Yang Sokong???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 20% hasil minyak akan dikembalikan kepada sabah... Oleh FB Pejuang Dusun (screenshot)

MEMBANDINGKAN sumber minyak di Aceh- Indonesia dengan sumber minyak Sabah, ibarat membandingkan antara apel dan durian. Walaupun sama-sama dalam kelompok buah, akan tetapi berbeza sekali.

Sumber minyak Aceh bukan di lautan, akan tetapi di darat. Ertinya, carigali bukan capital intensive. Berlainan dengan sumber minyak Sabah yang berada di lautan dalam sehingga memerlukan pelaburan besar untuk menjumpai minyak, juga untuk mengeluarkannya perlu modal yang besar.

Cara operasi minyak antara Aceh dan Sabah bagaikan langit dan bumi bezanya. Di Aceh sepenuhnya dioperasikan oleh syarikat minyak Indonesia, Pertamina, manakala di Sabah dijalankan bersama-sama Petronas dan syarikat-syarikat bahagi hasil. Mengapa Petronas bertindak demikian, kerana operasi memerlukan pelaburan yang cukup besar sehinggakan secara persendirian, syarikat minyak negara itu tiada kemampuan.

Cara kerja Petronas dengan syarikat-syarikat bahagi hasil adalah Petronas dibayar 15% daripada hasil jualan keluaran. Pendapatan Petronas itu dibagi 3, 1/3 untuk negeri pengeluar, 1/3 untuk Kerajaan Persekutuan dan baki 1/3 untuk Petronas sebagai modal operasi. 

Oleh kerana Sabah purata mendapat bayaran RM1bilion setahun, maka angka itu menunjukkan bahawa keuntungan operasi carigali minyak di kawasan Sabah adalah RM3bilion setahun.

Memang kelihatannya Sabah rugi, kerana hanya mendapat 1/3. Manakala 2/3 lagi dimiliki pihak lain (kerajaan Persekutuan dan Petronas). Namun jangan lupa bahawa Sabah mendapatkan bayaran itu tanpa pelaburan. Manakala Kerajaan Persekutuan terpaksa berbelanja untuk pasukan keselamatan menjaga wilayah, khususnya tempat carigali. Dan Petronas sebagai pengeluar modal, wajar mendapat pulangan daripada wang pelaburan.

Menganalisa pendapatan daripada minyak, jika misalnya dipaksa bahawa Sabah dibayar 20% daripada pengeluaran, nampak gayanya tiada syarikat bahagi hasil yang mahu bekerjasama. Oleh kerana pelaburan mereka tidak menguntungkan

Atas pertimbangan kos dan keuntungan, atas sebab itu sejak tahun 1974, bayaran tunai kepada Sabah dan Sarawak serta Terengganu sehingga kini masih 5%. Namun, jangan lupa bahawa Petronas masih mampu menjalankan CSR di Sabah dan Sarawak. Malah mempergunakan pendapatan dari wilayah lain untuk membina kilang-kilang di Sabah dan Sarawak seperti SGOT, Samur  di Sabah dan LNG9 di Bintulu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook