1. Bermula tahun 1987 apabila berlaku krisis Umno, maka pembangkang mendapat undi kaum melayu, walaupun undi itu tidak sampai menumbangkan kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Umno.
2. Akibat krisis Umno tahun 1987, maka Negeri
Kelantan jatuh ke tangan PAS pada PRU 1990, manakala di Sabah, hampir
semua kawasan Parlimen dimenangi parti PBS yang juga parti
pembangkang.
3. Akibat krisis UMNO pada Tahun 1998 dan mata
lebam, maka pada PRU-1999, Terengganu jatuh ke tangan PAS selain
mempertahankan Negeri Kelantan, namun Kerajaan Persekutuan masih
ditunjangi parti UMNO, kerana pada PRU itu, kaum cina dan india masih
menyokong parti BN.
4. PRU-2008, kerana krisis dalam UMNO,
maka undi kaum melayu berpindah ke parti Pembangkang, akibatnya,
Negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak ditawan pembangkang
selain mempertahankan Kelantan.
5. Walaupun pada PRU-13 tiada
krisis, namun impak krisis tahun 2008 belum reda, parti BN walaupun
masih menang dan dapat menawan Kedah, akan tetapi jumlah kerusi
Parlimen berkurang sebanyak 7 kerusi. Pada PRU itu kedudukan Parti BN
di selangor lebih teruk berbanding keputusan PRU 2008.
6.
PRU-13, menyaksikan bahawa parti BN benar-benar ditolak kaum cina,
namun pada masa yang sama, parti UMNO masih merasa lega, kerana dapat
mendapat 9 kerusi berbanding jumlah yang dimenangi pada PRU 2008.
Pada PRU 2008 (PRU-12) UMNO mendapat 79 kerusi termasuk kerusi
daripada Sabah (Sabah menang 100%). Pada PRU-13, UMNO menang 88
kerusi, dan jumlah itu merupakan sebahagian daripada 133 yang
dimenangi parti BN.
7. Berhadapan dengan PRU-14, dimana parti
Bn, khususnya Umno berdepan dengan IBU kepada semua krisis, kerana
dipihak pembangkang dinahkodai oleh Mantan Perdana Menteri, dua
Mantan Timbalan Perdana Menteri dan seorang Mantan Menteri Besar.
Keadaan ini julung kali berlaku, kerana sebelum ini, hanya mantan
Menteri Kewangan pada Tahun 1990 melalui Tengku Razalegh Hamzah,
Tahun 1999, melalui Mantan TPM- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tahun 2008,
Mantan Perdana Menteri yang bertindak sebagai gunting dalam liptan,
belum bergabung dengan pembangkang, namun pada PRU-14, senario yang
sangat berbeza.
8. Senario PRU-14, parti BN, berdepan dengan
berbagai persepsi, berbagai dakwaan, berbagai isu, krisis parti UMNO
yang boleh dikatakan sudah dipuncak, menjadikan PRU-14 sebagai
pilihan raya yang sangat mencabar bagi parti BN dan UMNO, khususnya
Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.
9. Berasaskan fakta
lalu, setiap berlakunya krisis UMNO, maka swing votes kaum melayu
kepada pembangkang berlegar-legar pada angka 15%, atas sebab itu,
pada PRU-13, parti BN, kehilangan undi popular.
10. Berhadapan
dengan PRU-14, Bn terpaksa berdepan dengan parti pembangkang yang
sudah mentadbir negeri-negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang
selama dua penggal, berdepan dengan jumlah kerusi parlimen
pembangkang di Semenanjung yang seimbang dengan kerusi parti BN.
11.
Pada kedudukan sekarang, daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung,
kerusi pembangkang sebanyak 82 termasuk Pagoh, manakala BN 83
termasuk Telok Intan. Melihat kepada kedudukan itu, kalau trend
krisis UMNO diambil kira, di mana setiap krisis, maka akan
mengwujudkan swing votes kaum melayu kepada pembangkang, maka pada
PRU-14, parti BN di Semenanjung bakal kehilangan 7 kerusi Parlimen,
sehinggakan kedudukan kerusi adalah 76 bagi BN dan 89 bagi
pembangkang. Pada kedudukan itu, parti mana dapat menubuhkan Kerajaan
Persekutuan sangat bergantung kepada Sabah dan Sarawak.
12. Di
Sarawak, tidak dinafikan BN Sarawak masih dapat menyumbang 25 Kerusi
Parlimen, manakala di Sabah masih dapat penyumbang 22. Menerusi
jumlah itu, nampak gayanya, meskipun swing pengundi kaum melayu
berpihak pada pembangkang di Semenanjung, akan tetapi Putrajaya tetap
dalam genggaman Parti BN, kerana faktor Sabah dan Sarawak.
13. Keadaan di Semenanjung, sangat
bergantung kepada kiblat parti PAS, apa kah parti itu, tetap dengan
pendirian tidak bergabung dengan Pakatan Harapan? Jika pendirian
parti itu masih sedemikian, maka senario yang disebutkan diatas akan
berlaku, namun jika parti PAS di saat akhir akan bekerjasama dengan
Pakatan Harapan, maka senarionya akan berbeza. Pada keadaan demikian,
parti BN Semenanjung bukan kehilangan 7 kerusi, akan tetapi 20. Pada
keadaan demikian, parti BN
Semenanjung hanya menang 63 daripada
165, manakala pembangkang 102. Pada kedudukan itu, pembangkang hanya
memerlukan 10 kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak untuk
menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.
14. Dalam politik
semua boleh berlaku. Tindakan tidak disangka akan berlaku. Atas sebab
itu, bagi pemimpin Bn, jangan dulu menghitung anak ayam, sebelum
telur menetas. Jangan sama sekali terpukau dengan keadaan “good
mood’ seperti mana laporan pengampu, kerana laporan itu, hanya
bersifat sokong membawa rebah.
0 comments:
Post a Comment