Latest News

Saturday 19 August 2017

KEKUATAN UMNO YANG DICEMBURUI PEMBANGKANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PARTI UMNO adalah parti terbaik yg pernah ada... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

Parti kalau tiada ahli, maka tidak akan bertahan. Parti umpama syarikat. Syarikat kena cari dana untuk bayar gaji kakitangan, kos operasi dan keuntungan syarikat. Demikian juga parti, kena cari wang untuk aktiviti parti. Aktiviti kena digerakkan oleh aktivis parti. Aktiviti parti perlu dana untuk begerak.

Kerana parti UMNO parti besar dan tersebar di seluruh negara, kecuali Sarawak, maka banyaklah gerakan parti itu lakukan. Parti UMNO menubuhkan berbagai syarikat untuk mendapatkan dana bagi menampung aktiviti parti. Selain itu, para pemimpin parti juga mempunyai sahabat-sahabat yang mahu menyumbang kepada perjuangan parti, termasuk sumbangan daripada luar.

Di Malaysia, tiada parti yang boleh bertahan tanpa sumbangan kewangan. Parti DAP, PKR, PAS dan lain-lain tidak akan bertahan tanpa sumbangan.

Jika ada aktivis parti tidak dibantu daripada segi kewangan, bagaimana mereka kekal aktif? Oleh itu, apa yang dilihat oleh page itu, ada aktivis parti yang tiada kerja tetap, melainkan menumpukan kerja dengan aktiviti parti. Kerja mengagerakkan parti, juga merupakan satu tugas. Siapa kata, bekerja sepenuh masa dengan parti bukan satu kerja? Hanya page Remove Musa Remove UMNO Sabah tidak mengerti akan hakikat ini.

Page ini sebenarnya digerakkan oleh mereka yang tidak tahu kerja parti UMNO. Parti UMNO merupakan parti tunjang kerajaan. Mengapa parti tunjang kerajaan? Sebabnya ramai ahli dalam pasti ini. Di seluruh negara, keahlian UMNO mencecah 3.8juta. Bayangkan jumlah pengundi negara ini seramai 13juta, dan 30 peratus daripadanya adalah ahli UMNO.

Rakyat yang menyertai UMNO, selain perjuangan parti itu, juga parti itu membela nasib rakyat dan sudah tentu penyokongnya.

Tidak timbul, ahli UMNO kejar-mengejar para pemimpin parti itu. Sebabnya, tiada pemimpin jika tiada yang menyokongnya. Ahli/penyokong dan pemimpin bagaikan isi dan kuku. Berlainan, dengan amalan page itu, penyokong adalah kuli, penyokong bagaikan najis, penyokong bagaikan sampah, penyokong bagaikan hampas kelapa, habis santan hampas dibuang.

Kalau mahu terbela, masuklah UMNO dan pasti anda, akan merasakan betapa perjuangan anda itu berbaloi.

Gesaan page untuk remove UMNO, remove MUSA, sebenarnya, menjadikan ahli dan penyokong UMNO bertambah kuat, kerana merasakan ada pihak yang mengugat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook