Latest News

Monday 21 August 2017

KEMAJUAN SABAH YANG DINAFIKAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) kbelud sendiri ok suda ka buss... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(ii)
Sabah bakal jadi negeri terkaya, paling maju... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(iii)
Negara Sabah dulu terkaya dlm Persekutuan Malaysia bukan...Oleh FB Page Ini Sabah Bah (screenshot)
(iv)
Sabah akan terus dibangun jadi negeri amat maju... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

1. Apa yang diperkatakan oleh Datuk Abdul Rahman Dahalan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga ekonomi negara, merupakan fakta ekonomi dan pembangunan.

2. Kemajuan Sabah tidak boleh dibandingkan dengan Ibu Negara atau Pusat Pentadbiran negara. Kemajuan Sabah boleh ditimbang tara dengan negeri-negeri yand ada di Malaysia. Perbandingan Rahman, jika membandingkan sesuatu haruslah sama taraf, iaitu, banding epal dengan epal, jangan banding epal dengan durian.

3. Kalau bukan kerana keluasan Sabah yang hampir 2/3 Semenanjung, kemajuan Sabah daripada segi pembangunan infrastruktur jauh lebih baik berbanding negeri-negeri lain, termasuk Negeri Pahang atau Kedah.

4. Menilai kemajuan Sabah, kita perlu realistik. Bukan menilai kerana hati kita dipenuhi dengan cemburu, irihati, dan tidak adil.

5. Kalau melihat kemajuan Sabah, janganlah bandingkan dengan Kuala Lumpur, kerana Kuala Lumpur adalah ibu negara. Di Ibu Negara, sudah pastilah semua kemudahan tersedia, termasuk pengakutan awam yang serba moden, sebabnya, selain tumpuan bukan sahaja rakyat negara ini, akan tetapi negara luar. Oleh kerana menjadi tumpuan, maka berjuta manusia mengunjunginya setiap hari. Jika kemudahan awam seperti LRT, MRT, monoriil tidak tersedia, maka jalan raya bukan sahaja sesak, akan tetapi menambah stress penghunjung.

6. Kembali kepada kemajuan Sabah, sepertimana kenyataan Rahman, adalah meliputi kemajuan daripada keperluan asas seperti perumahan, bekalan air, elektrik, institusi pendidikan atau vokasional. Kalau dilihat daripada segi jumlah wang dibelanjakan untuk kemudahan-kemudahan itu, apa yang dibelanjakan di Sabah, 100 kali ganda, berbanding apa yang digunakan untuk negeri-negeri lain di Semenanjung, dengan pengeculian Lembah Klang.

7. Kita perlu belajar menerima hakikat, dan bukan menuduh melulu. Apatah lagi menggelar MP Kota Belud sebagai pengampu. Apa yang Rahman ampu? Jika bercakap tidak berasaskan fakta, sudah tentu, menteri-menteri lain akan ketawa. Yang bercakap beliau mengampu, hanya mereka yang anti kerajaan. Sifat anti kerajaan memangpun demikian, kerana melihat warna putih, dikatakan hitam.

8. Pembangkang, adalah golongan-golongan manusia, yang tidak mahu menerima hakikat, kerana dalam hati mereka tertanam titik-titik hitam.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook