Latest News

Friday 4 August 2017

Kemasukan UMNO Ke Negeri Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kemasukan UMNO ke Sabah atas kehendak rakyat Sabah sendiri... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PARTI UMNO mengembangkan sayap ke Sabah tahun 1990, walaupun secara rasmi pada Februari 1991. Atas jemputan parti USNO pimpinan Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun.

Tun Datuk Haji Mustapha berfikiran masa itu, peranan USNO di Sabah perlu diambil alih oleh sebuah parti yang kuat kerana USNO tiada kekuatan lagi terutama daripada segi kewangan dan telah menjadi pembangkang selama 14 tahun (bermula tahun 1976).

Parti USNO yang disokong bumiputera Islam tiada kemampuan lagi berbicara dalam politik Sabah. Oleh kerana bermula tahun 1985 menyertai pilihan raya, tidak lagi mendapat kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Dalam pertimbangan Tun Mustapha sebelum beliau meninggalkan dunia politik, maka penyatuan bumiputera untuk membentuk kerajaan yang kuat. Beliau sedar melalui parti USNO bumiputera tidak dapat disatukan, kerana parti itu mendapat stigma sebagai parti islam. Walaupun sebenarnya, bukanlah demikian.

Kenyataan Datuk Seri Musa Aman bahawa kemasukan UMNO atas jemputan rakyat Sabah, khususnya bumiputera memang betul. Kerana sebaik sahaja parti itu mengembangkan sayap ke Sabah, ramailah pemimpin dan rakyat Sabah menyertai parti itu, termasuk daripada parti yang memerintah masa itu iaitu parti PBS.

Pendek kata, parti UMNO disertai oleh sebahagian besar rakyat Sabah, termasuklah para pemimpin dan ahli USNO. Kerana secara automatik, ahli dan pemimpin USNO diterima sebagai ahli UMNO.

Apabila UMNO menyebarkan sayap ke Sabah, maka parti itu mengubah perlembagaan dan memasukkan bumiputera Sabah tanpa mengira latar belakang agama dan sukuan. Jika dahulu, UMNO hanya dipimpin kaum melayu dan beragama Islam. Namun kini, membuka peluang kepada bumiputera bukan Islam Sabah sebagai pemimpin.

Kini UMNO telah menjadi parti kepada bumiputra seluruh negara, kecuali Sarawak. Walaupun dipejabat ROS masih membawa kepanjangan nama United Malay National organization (UMNO). Namun sejak tahun 1991, UMNO lebih banyak membawa pengertian sebagai satu entiti parti bumiputera.

Kehadiran UMNO ke Sabah telah membawa kestabilan politik, sebab itu kerajaan negeri boleh bertahan lebih 20 tahun sehingga kini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook