Latest News

Monday 21 August 2017

KEPUTUSAN DARIPADA SIASATAN RCI PATI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rakyat Sabah mendapat jawapan... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

penyebab bumiputera islam lebih ramai disebabkan tindakan kerajaan memberikan kad pengenalan kepada PATI beragama islam… ”

1. Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa keputusan RCI PATI Sabah telah merungkai pelbagai macam andaian berkaitan pengeluaran kad pengenalan kepada penduduk Sabah.

2. Sebelum RCI, ramai sangat beranggapan bahawa separuh daripada penduduk Sabah adalah PATI yang diberikan kad pengenalan.

3. Menerusi RCI ini telah ditemui daripada lebih 3.2 juta penduduk Sabah hanya 90,000 kad pengenalan ditemui sebagai kad pengenalan diragukan, dan telah membuat keputusan, agar kad pengenalan itu dibatalkan.

4. Pihak-pihak tertentu, khususnya daripada bumiputera bukan islam, menuduh bahawa penyebab bumiputera islam lebih ramai disebabkan tindakan kerajaan memberikan kad pengenalan kepada PATI beragama islam. Menerusi RCI PATI Sabah, boleh dirumuskan bahawa tindakan demikian tidak berlaku.

5. Kad pengenalan yang kemudiannya didapati palsu, merupakan tindakan sindiket pemalsuan kad pengenalan, demi matlamat kewangan. Memang, kad pengenalan itu, kelihatan asli, akan tetapi, butiran kad pengenalan sedemikian, tiada dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook