Latest News

Tuesday 15 August 2017

Malaysia-Indonesia : Di mana perginya patriotism dalam diri anak muda ?


1.  Penulis tidak pasti sejak bila kah bulan Ogos mendapat nama sebagai bulan kemerdekaan di negara ini. Namun, apa yang pasti setiap 31 Ogos akan bergema laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! di Padang Merdeka.

2.  Laungan MERDEKA dianggap sebagai laungan keramat yang kita pasti dengar setiap kali tibanya 31 Ogos.

3.  Bagi mereka yang merasakan penjajahan,  laungan MERDEKA mempunyai makna yang sangat mendalam. Bukan sahaja jiwa raga, akan tetapi betapa bersyukurnya mereka mempunyai negara yang merdeka.

4.  Bagi mereka yang terlibat dengan kemerdekaan, setiap kali laungan MERDEKA, bukan sahaja memahami erti kemerdekaan, akan tetapi berjuang jiwa raga mempertahankan kemerdekaan.

5.  Persoalannya sekarang, bagaimana tanggapan rakyat yang tidak tergolong dalam kategori yang disebutkan di atas ? Apakah laungan Merdeka cukup membuktikan yang mereka memahami erti kemerdekaan sebenar? Jika hanya meletakkan bendera Malaysia di kereta, di rumah dan di mana-mana sahaja menjelang 31 Ogos, adakah situasi ini cukup membuktikan kita bersemangat patriotik?

6.  Isu menterbalikkan bendera Malaysia, isu bendera dijadikan sebagai pakaian, isu merosakkan lirik lagu Negaraku dan tidak menghormati lagu Negaraku semasa dinyanyikan. Adakah kita terkesan dengan isu tersebut? Jika tidak, di mana sebenarnya jati diri anak-anak Malaysia?

7.  Anak-anak muda hari ini kurang menghayati erti kemerdekaan kerana dilahirkan dalam era baharu dengan semuanya serba canggih dengan teknologi terkini. Dengan erti kata lain anak muda hari ini tidak pernah mengalami kesusahan dan keperitan seperti yang pernah dialami datuk dan nenek moyang mereka yang jauh di sanubari mereka mencintai Malaysia sepenuh jiwa dan raga.

8.  Pengalaman penulis semasa menuntut di Indonesia, apabila tiba bulan Agustus (Ogos), jarang sekali ‘iklan” menyeru rakyat mengibarkan bendera sangsaka merah putih, akan tetapi apa yang pasti setiap pelosok negara itu, termasuk  di kota metropolitan Jakarta, Sang Saka merah putih berkibar dengan megahnya.

9.  Penulis merasakan kelainan cara sambutan kemerdekaan kerana di Malaysia, bukan sahaja “iklan” di corong-corong radio, media massa bercetak atau media massa visual menyeru rakyat mengibar bendera, namun reaksi rakyat terhadap “iklan” itu cukup dingin, seolah-olah kenampakan sebahagian besar rakyat tidak senang dengan kemerdekaan, jika diukur dengan kibaran bendera.

10.  Di Indonesia, semasa sambutan 17 Agustus kemerdekaan negara itu, mereka yang dihadir di setiap padang sambutan, ‘dikembalikan” kepada suasana 17 Agustus 1945.  Suasana di mana rakyat hanya makan ubi kayu, makanan dicatu, malah mereka yang hadir memakai pakaian suasana masa itu.

11.  Namun, penulis merasakan perbedaan sambutan di negara sendiri, apabila pada masa itu termasuk penulis sendiri, tidak mempunyai penghayatan sedemikian.

12.  Cuba bayangkan pengalaman penulis itu berlaku pada tahun 80-an, sudahpun terdapatnya perbedaan penghayatan sambutan hari kemerdekaan antara dua negara.

13.  Penulis tidak merasa hairan, jika remaja  negara kita kini  kurang  menghayati kemerdekaan, termasuk kurang  mengenal tokoh-tokoh kemerdekaan, jikapun diketahui  hanya sepitas lalu, memadai untuk menjawab soalan mata pelajaran sejarah atau tawarikh.

14.  Jauh sekali menjadikan tokoh-tokoh kemerdekaan sebagai idola, malah jika ditanyakan sekarang, siapa tokoh kemerdekaan, jawapan mereka bercelaru.

15.  Pengalaman penulis semasa menuntut di Indonesia, meskipun remaja atau pemuda negara itu  hanya mengetahui sejarah kemerdekaan melalui penceritaan orang-orang terdahulu, namun penghayatan mereka terhadap erti kemerdekaan, menebal, kerana faktor pendidikan negara itu yang mewajibkan setiap pelajar lulus mata pelajaran pancasila semacam Rukun Negara di negara kita.

16.  Bagi rakyat negara itu, bendera Sangsaka Merah Putih, merupakan satu lambang negara yang perlu dihormati, dan tidak timbul sama sekali, isu-isu pengibaran bendera terbalik, menjadikan bendera negara fesyen pakaian.

17.  Bagi rakyat negara jiran itu, pengibaran bendera negara merupakan satu kebangaan, kerana bendera itulah menyebabkan negara merdeka daripada penjajahan, dan menjadi sebuah negara berdaulat.

18.  Sememangnya, semangat seumpama itu perlu dicontohi, kerana tiada cara lagi menunjukkan kebanggaan terhadap kemerdekaan, melainkan mengibarkan bendera negara, kalau bukanpun pada bulan kemerdekaan, setidak-tidaknya pada hari jatuhnya Hari Merdeka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook