Latest News

Thursday 3 August 2017

MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  MUSA IS A TRAITOR OF SABAH WHO EMBEZZLED... Oleh FB Geronimo Miller (screenshot)

Jika seseorang itu ada niat jahat, maka apa sahaja bentuk kebaikan, dikatakan jahat, manakala yang jahat itu dikatakan baik. 

Demikian juga yang suka bercakap bohong, gemar memfitnah, setiap hari mereka akan membuat cerita bohong dan fitnah.

Manusia yang berperangai jahat dan suka berbohong dan memfitnah, sebenarnya sifat biologi seseorang. Mereka yang mempunyai biologi demikian, tiada cara untuk menghalang atau memberhentikannya, kerana sifat-sifat itu adalah semulajadi.

Cuba bayangkan, jika seseorang mendakwa orang lain pencuri, perogol, perasuah, sedangkan yang mendakwa itu bukan pun anggota POLIS, bukan juga anggota SPRM, dan seterusnya bukan pun seseorang yang mempunyai kedudukan dalam agensi-agensi yang mempuyai maklumat berkaitan pencuri, perogol atau perasuah. Yang mendakwa itu, hanya menggunakan hujung jari dan dimuat naik di alam maya. Oleh kerana sifatnya yang jahat, maka menjadi keseronokkan baginya, apabila menulis sesuka hati berkaitan dengan seseorang.

Pengguna facebook  dengan profile “Geronimo Miller” dengan gambar yang dicuri, merupakan contoh manusia yang tergolong mempunyai sifat biologis semulajadi yang jahat, suka memfitnah dan berbohong, akan tetapi manusia seumpama ini, nampak lipas pun berteriak-teriak minta tolong, kerana  manusia yang tergolong dalam kumpulan ini, adalah manusia-manusia penakut.

Adalah menjadi keseronokan malah sempat enjekulasi, apabila menulis tuduhan kepada pemimpin, apatah lagi Ketua Menteri Sabah.

Sebenarnya, manusia seumpama ini, pantang sangat melihat kebaikan, atau pencapaian atau keikhlasan atau kejujuran. Manusia seumpama ini, akan jatuh sakit, apabila melihat orang baik. Sebab itulah, manusia seumpama ini, mengkhususkan dirinya untuk membuat perkara-perkara jahat, kerana, baginya ia sungguh menghiburkan.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, menjadi bahagia sekali, apabila peranti seperti facebook atau media sosial lain wujud, kerana ianya boleh medan bagi mereka membuat perkara-perkara jahat.

Sebenarnya, di negara ini, jika seseorang itu pengamal rasuah, tidak akan terlepas daripada tindakan SPRM, kerana agensi itu, tidak pandang bulu.

Jika seseorang pemimpin mengamal rasuah, maka, kata peribahasa, “bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru”.

Seseorang boleh dikategorikan sebagai perasuah, jika ada bukti ke arah itu. Namun, bagi manusia berwatak jahat, mereka tidak menguna pakai bukti, akan tetapi mengunapakai hayalan, kerana otak manusia-manusia dalam golongan ini, suka berkhayal benda buruk dan menjijikkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook