Latest News

Monday 14 August 2017

Mengapa Jentera Khas Pembinaan Jalanraya Tersadai di daerah Ranau?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pembinaan kekal mewah... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

JENTERA khas seperti jentera pembinaan jalan raya jika diletakkan di jalan atau kawasan-kawasan tertentu bukan membawa maksud bahawa jentera itu digunakan untuk menyelenggara sesebuah jalan raya.

Pengguna “facebook” yang membuat kesimpulan dengan hanya melihat jentera milik sebuah syarikat  lalu menghubungkan dengan keadaan jalan raya yang didepannya sebenarnya satu kesimpulan tidak tepat.

Sekiranya jalan raya itu mempunyai papan tanda maka penyelenggaran jalan raya itu merupakan penyelenggaraan sebuah projek syarikat berkaitan. Oleh itu warga awam bolehlah menghubungkan syarikat itu dengan penyelenggaran jalan raya. Jika tiada papan tanda seumpama itu, maka menghubungkan sesebuah syarikat dengan keadaan jalan raya, adalah satu TANGGAPAN SALAH.

Kepada rakyat, perlu anda ketahui bahawa sebarang penyelenggaran jalan raya hanya dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya. Terserah jabatan itu melantik mana-mana syarikat untuk melaksanakan sebarang projek bagi pihaknya.

Jika di kawasan itu, tiada papan tanda JKR yang menerangkan bahawa syarikat pemilik jentera itu merupakan syarikat yang dilantik, maka menghubungkan syarikat pemilik jentera itu dengan keadaan jalan raya, kerana ketidaktahuan pengguna facebook itu berkaitan tata kelolah sebarang projek yang melibatkan  syarikat-syarikat persendirian.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook