Latest News

Saturday, 26 August 2017

Mengapa Parti Warisan Mahu Mansuhkan Geran Komunal?


1. Sebabnya, supaya tanah kerajaan boleh dimiliki oleh pemimpin mereka. Sebagai contoh, sebelum Geran Koumnal diperkenalkan, tanah kampung Rampayan Ulu, Kota Belud boleh dimiliki oleh seorang pemimpin yang berkuasa semasa Kerajaan parti Berjaya. Pemimpin itu, tidakpun mempunyai pertalian dengan kampung itu. Oleh kerana permohonan tanah boleh sahaja diluluskan kepada sesiapa, tanpa mahu mengetahui asal muasal pemohon, maka berlakulah, seorang pemimpin boleh mendapat tanah kampung seluas 700 ekar.

2. Jika pada masa itu, geran komunal sudah diperkenalkan, sudah pasti pemimpin yang tiada pertalian dengan kampung itu, tidak bakal mendapatkan geran tanah di perkampungan penduduk.

3. Datuk Seri Musa Aman, sudah memperlajari cara permohonan tanah negeri, malah mengetahui bahawa rakyat yang memohon sebuah keluasan, mempunyai dalang dibelakang, iaitu pembeli. Sebab itu, sbelum geran komunal diperkenalkan, seluas 1.4juta hektar tanah kerajaan yang diberikan kepada para individu, kini bukan lagi atas nama pemohon asal.

4. Kepada rakyat Sabah, khususnya di pedalaman, tergiur dengan janji-janji parti Warisan untuk memansuhkan geran komunal, boleh menyebabkan anda kehilangan kampung, kerana tanah dipijak milik orang lain.

5. Kepada penduduk kampung, anda jangan pelik, jika Geran Komunal dimansuhkan, pemimpin Warisan seperti Junz Wong, Aziz Jamman, Peter Anthony bakal berjiran dengan anda, dan sudah tentunya kehadiran mereka itu sebagai tuan tanah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook