Latest News

Monday 14 August 2017

MENTALITI PEMIMPIN PEMBANGKANG MENGENAI BANJIR DI KOTA KINABALU DAN SEKITARNYA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Apa kau tembirang Sabah ada kemajuan Musa... Oleh FB Page Zainnal Ajamain (screenshot)

1. Betullah kamu itu pemimpin pembangkang akan tetapi cara kamu membangkang betul-betul menurunkan status kamu sebagai pemimpin sebuah parti yang sah.

2. Cara kamu mendakwa bahawa banjir di Kota Kinabalu dan sekitarnya berlaku akibat MASALAH PAM, YANG MANA  menurut kamu pam air tidak dapat dibeli kerana duit tiada. Juga menurut kamu duit tersebut disonglap oleh Datuk Musa Aman.

3. Melalui cara kamu berpolitik sebagai pemimpin pembangkang yang hanya membuat dakwaan negatif kepada pemimpin kerajaan negeri adalah lumrah. Sekiranya kamu tidak berbuat demikian, bagaimana mendapatkan isu untuk memburukkan kepimpinan Datuk Musa Aman. Sungguh malang dakwaan kamu berkaitan banjir dan pam air, merupakan satu dakwaan LUAR kebiasaan daripada seseorang yang sedikit masa lalu pernah ada kedudukan.

4. Berkaitan banjir di Sabah janganlah mengaitkannya dengan negara-negara lain. Jika betullah PAM AIR, boleh mengatasi banjir di Pantai Timur Semenanjung, tidak perlulah kerajaan berbelanja ratusan juta ringgit  bagi bayaran pampasan dan bantuan setiap tahun kepada mangsa-mangsa banjir. Elok wang itu digunakan membeli pam air kerana ianya perbelanjaan tidak berulang berbanding wang pampasan dan bantuan.

5. Mungkin pemimpin pembangkang itu terlupa mengapa banjir berlaku? Banjir berlaku kerana kelebatan hujan yang memanjang serta ditambah dengan air pasang. Apabila fenomemna ini terjadi, maka hujan lebat lambat mengalir ke laut atas sebab itulah mengakibatkan banjir.

6. Semua manusia yang berakal tahu, mengapa banjir berlaku kecuali ZAINNAL. Ini kerana dia sudah menurunkan STATUSNYA kepada manusia yang TIDAK BERILMU dan akal yang ada sudah BEKU kerana masalah penyakit peribadi. Kasihannya ZAINNAL !
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook