Latest News

Tuesday 15 August 2017

Mitigasi Banjir Untuk Penampang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) YB Darel warned BN about Penampang floods... Oleh FB Page Ini Sabah Bah (screenshot)



1. Projek mitigasi banjir untuk Penampang bukan terhalang oleh peruntukan. Hal ini kerana peruntukan untuk itu telah diluluskan melalui Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

2. Masalah yang dihadapi bagi penyiapan projek tersebut adalah kerajaan belum bersedia melaksanakan projek itu secepatnya kerana Kerajaan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu berkaitan projek ini.   Intinya, kajian tersebut akan melihat kepada semua aspek yang ada agar projek Mitigasi Penampang ini betul-betul memberi manfaat kepada warga yang terlibat. 

3. Tujuan kerajaan melaksanakan projek mitigasi banjir di kawasan Penampang bukan sahaja mahu menyelesaikan masalah banjir di kawasan itu, akan tetapi melibatkan bandar-bandar yang berdekatan seperti bandar Kota Kinabalu.

4. Pihak kerajaan melalui juruperunding yang dilantik sedang bertungkus lumus menyiapkan kajian berkaitan projek mitigasi ini, agar aspek yang diperlukan dapat dirumuskan oleh pihak-pihak yang terbabit bagi menyelesaikan banjir di kawasan Penampang dan sekitarnya “once for all”.

5.  Rakyat perlu faham, sesebuah kajian memperlukan masa, apatah lagi menjalankan kajian yang berkaitan dengan “The Act of God”.

6. Melaksanakan projek MITIGASI BANJIR PENAMPANG adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Penampang dan kawasan-kawasan sekitarnya, dan tiada hubungan dengan fahaman politik.

7. Kerajaan peka bahawa kejadian banjir boleh membantutkan aktiviti ekonomi rakyat di kawasan yang menerima musibah banjir serta berpotensi membawa kerugian harta benda rakyat.

8. Jangan politikkan kejadian alam, apatah lagi dihubungkan dengan fahaman politik.

9. Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah tidak pernah terfikir bahawa kawasan yang BUKAN diwakili parti kerajaan dianak tirikan.

10. Masalah banjir sudah menjadi masalah rakyat kawasan Penampang meskipun pada era kawasan itu masih diwakili parti kerajaan. Maknanya, masalah banjir kawasan itu dan tindakan mengatasinya, sebenarnya sudah bermula sejak 10 tahun lalu, namun, tindakan jangka pendek seperti pendalaman parit tidak dapat mencegah banjir. Mengambil iktibar kepada keadaan itu, maka kerajaan melantik juruperunding bertauliah untuk menjalankan kajian.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook