Latest News

Tuesday 15 August 2017

Musibah Banjir- Golongan Anti Kerajaan Salahkan Kuasa Tuhan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kalau traffic jam, riders polis buka jalan untuk diaKalau banjir, dia naik helikopter... Oleh FB Page Ini Sabah Bah  (screenshot)

1.  Apabila manusia sudah berhati hitam maka kuasa Tuhan pun dipersoal.  Memang pun secara langsung TIDAK menyebut Tuhan, namun perbuatan menyalahkan orang lain, khususnya pemimpin kerajaan negeri kerana berlakunya banjir merupakan cara tersirat menyalahkan kuasa Tuhan.

2.  Manusia berhati hitam juga tidak menerima hakikat bahawa musibah banjir merupakan fenomena perubahan iklim dunia. Oleh sebab itu, di negara kering kotang pun seperti di beberapa negara Afrika pada masa kini berlaku banjir. Yang mana sebelumnya tidak pernah berlaku.

3.  Di Afrika menghimpunkan rumah-rumah diperbuat daripada tanah boleh hanyut. Bukan hanya satu rumah akan tetapi melibatkan sebuah perkampungan.

4.  Menyalahkan pemimpin kononnya tidak mengalami keadaan banjir kerana adanya KEMUDAHAN  seperti helikopter. Semasa melawat banjir adalah satu hakikat yang tidak mahu diterima oleh anti kerajaan  bahawa demikianlah kemudahan seseorang Ketua Kerajaan. Mereka terlupa bahawa pemimpin mereka pun turut mahu merasakan kedudukan serupa. Oleh sebab itu, pihak anti kerajaan ini masuk dan keluar kampung semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat. Dan jika rakyat menyokong, maka bolehlah menjadi Ketua MenteriPada masa itu, apa kah anti kerajaan yang ada, mengharapkan komen serupa yang mereka buat pada pemimpin kerajaan yang sedia ada. Pada ketika itu, AFS yakin, laman pengguna facebook ini, akan berdolak dalik, TERLUPA PULA  komen semasa menjadi ANTI KERAJAAN SEMASA.

5.  Manusia berhati hitam ini, tidak akan menerima kenyataan termasuk kuasa Tuhan. Maknanya sebarang fakta atau penjelasan daripada manusia yang tidak sealiran dengan mereka akan dianggap sebagai penjelasan membodek.

6.  Banjir adalah fenomena alam. Selain factor penyebabnya adalah penduduk sendiri yang membuang berbagai barangan ke dalam parit yang dibina kerajaan sehinggakan parit tersumbat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook