Latest News

Wednesday 23 August 2017

Parti UMNO - Tiada Istilah Gula-Gula Politik

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidur selama empat tahun... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)


1. Peruntukan kewangan bagi sesebuah parti, tidak akan datang bergolek begitu sahaja, dan selain itu, tiada masa yang ditetapkan, bila masa wang peruntukan seumpama itu boleh tersedia untuk diagihkan.



2. Bila-bila masa, kemampuan kewangan parti tersedia, maka akan disalurkan kepada bahagian parti yang memerlukan, seperti mana peruntukan untuk 4 Bahagian Umno berjumlah RM8juta yang diumumkan Ketua Menteri Sabah, semasa merasmikan Mesyuarat Umno Zon 4 bagi mewakili Perdana Menteri.


3. Bagi mereka yang bukan ahli atau pemimpin UMNO, Ketua Bahagian Umno, adalah penyelaras kawasan Parlimen bagi setiap kawasan; maknanya, meliputi semua kawasan DUN di parlimen berkenaan. 

4. Dakwaan, pihak pembangkang, khususnya pemimpin DAP Encik Lasimbang, kononnya DUN Nabawan tidak tersenerai, hanya dakwaan beliau, kerana peruntukan RM2juta bagi aktiviti politik di salurkan kepada Ketua Bahagian Umno Pensiangan, di mana DUN Nabawan termasuk dalam Parlimen tersebut.

5. Peruntukan Kerajaan tidak sama dengan peruntukan parti. Peruntukan untuk parti, adalah bagi mengerakan aktiviti parti, sama ada menjelang pilihan raya ataupun bukan. 

6. Mengapa pemimpin DAP cemburu sangat dengan peruntukan parti untuk aktiviti parti UMNO? Apa kah LIM Kit Siang atau Lim Guan Eng tidak memberikan peruntukan? 

7. Pemimpin pembangkang cuba mengelirukan rakyat dengan peruntukan kerajaan dan parti, sehinggakan mendakwa, bahawa peruntukan parti merupakan gula-gula untuk rakyat. 

8. Peruntukan parti adalah bagi memenuhi gerak kerja parti, untuk memastikan bahawa parti kekal relevan dan terus mendapat sokongan rakyat.

9. Pemimpin parti tidak menggunakan peruntukan yang disediakan kerajaan untuk pembangunan bagi rakyat, sebaliknya menggunakan dana sendiri, untuk melihat pencapaian projek-projek yang dibiayai kerajaan. Melalui kaedah demikian, maka pemimpin parti terlepas daripada dakwaan menyalah gunakan kemudahan kerajaan.

10. Sebenarnya, pemimpin pembangkang, ketandusan isu, sehinggakan tiada lagi kemampuan membezakan antara peruntukan parti dan kerajaan.

11. Rakyat secara umum, perlu menilai, bagai mana kepimpinan pembangkang, yang hanya tahu bercakap, walaupun apa yang dicakap menyimpang jauh daripada fakta kebenaran.

12. Pembangkang kena ingat, bagi parti UMNO, tiada istilah gula-gula politik. Parti itu akan terus membela ahli dan penyokong serta rakyat DAHULU, KINI DAN SELAMANYA.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook