Latest News

Saturday 26 August 2017

Parti Warisan Sabah- Umpama Tikus Membaiki Labu


1. Apabila diperhatikan isu-isu yang di bawa parti warisan Sabah, sejak parti itu ditubuhkan, jika dilaksanakan akan termasuk dalam Tikus Membaiki Labu.


2. Rakyat yang pernah mendengar ceramah-ceramah atau siaran akhbar parti itu, akan dapat menyimpulkan 7 perkara yang diwar-warkan kepada rakyat, antaranya pemansuhan geran komunal, penyusunan semula Yayasan Sabah, membina kilang-kilang baru, memansuhkan dasar kabotaj, melaksanakan MA63, menstruktur pentadbiran negeri dan menumpukan bajet negeri di kawasan-kawasan kampung.

3. Mengapa parti itu mahu memansuhkan geran komunal? sebabnya melalui polisi itu, pemimpin tidak akan dapat memohon tanah kampung, khususnya di kawasan pedalaman. Dengan pemansuhan polisi itu, maka mudah pemimpin parti itu memohon tanah kampung.

4. Mengapa mahu menyusun semula Yayasan Sabah? sebabnya, melalui kerajaan BN yang diterajui Musa, banyak kawasan Yayasan itu telah dimasukkan pada kawasan tidak boleh dibalak, maknanya, tiada lagi peluang pemimpin memohon konsesi balak. Melalui penyusunan semula, maka peluang pemimpin parti itu mendapat konsesi balak akan terbuka.

5. Sebagai catitan, penurunan keluasan hutan di Sabah, kerana akibat pemberian kawasan balak kepada para pemimpin yang diamalkan oleh kerajaan Sabah sebelum ini. Kerajaan BN yang diterajui Musa telah memansuhkan pemberian itu sejak tahun 2006. Sebab itu, kawasan hutan Sabah terkini telah mencapai 1.87juta hektar, berbanding tahun 2002, hanya 838ribu hektar.

6. Membina kilang-kilang baru? tujuan kepada pendekatan itu, supaya para kroni mendapat projek membina kilang, sedangkan kilang itu nanti akan jadi gajah putih, kerana tiada produk yang diproses. Mengapa? kerana kilang-kilang serupa telahpun wujud di Sabah, misalnya kilang kelapa sawit, telah dibina sejak sekian lama.

7. Memansuh dasar kabotaj? Dasar itu sebenarnya, apa kah di mansuh atau tidak, bukan siginifikan terhadap harga barangan di Sabah. Harga barangan di Sabah lebih tinggi berbanding Semenanjung, bukan kerana dasar kabotaj. Dasar kabotaj hanya dijadikan kambing hitam.

8. Melaksanakan MA63. Apa yang dilaksanakan? Sejak Sabah menyertai Persekutuan Malaya membentuk Persekutuan Malaysia, Sabah terus dipimpin rakyat Sabah. Harta Sabah termasuk tanah semuanya dikuasai rakyat Sabah. Malah, kini, rakyat Sabah sudah melangkaui isi MA63, kerana ramai rakyat Sabah telah mempunyai kedudukan tinggi di negeri-negeri lain, termasuk menjadi Duta.

9. Menstruktur kerajaan negeri? bukan mudah, kerana sangat bergantung dengan Suruhan jaya Perkhidmatan Awam dan akta pencen. Kecuali yang boleh distruktur adalah jawatan-jawatan politik, seperti mana yang dilakukan parti PBS semasa mengambil kerajaan pada tahun 1985-1994. 

10. Penumpuan pembangunan di luar bandar. Maknanya, parti itu tidak akan mengamalkan kos berimbang, di mana sumber kewangan negeri setidak-tidaknya dapat mendatangkan hasil kepada kerajaan. Mungkin kaedah ini diguna pakai Shafie semasa menjadi Menteri KKLW, sebab itu, selepas beliau bukan menteri lagi, walaupun di atas kertas telah berbilion ringgit telah dibelanjakan, akan tetapi tiada kesan di lapangan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook