Latest News

Monday 21 August 2017

“PEGHINAAN KEPADA SERI PADUKA BAGINDA AGONG”

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tindakan pihak tertentu yang menimbulkan persepsi... Oleh FB Page tulun sabah (screenshot)

1. Malaysia mengamalkan sistem pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman. Antara kuasa badan-badan ini saling bebas dan tiada pihak yang boleh mempengaruhi.

2. Ada rakyat negara ini, bercakap soal kehakiman, kononnya, badan itu dipengaruhi pihak eksekutif. Dakwaan itu adalah dakwaan mengelirukan rakyat, dan merupakan satu tindakan penghinaan kepada Seri Paduka Baginda Agong, kerana kehakiman dibawah lantikan baginda.

3. Prinsip mahkamah keadilan pasti ditegakkan. Keadilan boleh dicapai dengan masa singkat, boleh juga keadilan yang tertunda, seperti mana berlaku pada banyak kes mahkamah, termasuk sodomi 2 yang melibat Dato Seri Anwar Ibrahim.

4. Meskipun banyak andaian, bahawa kehakiman di negara ini, kononnya tidak bebas, kerana ada pengaruh eksekutif, namun, tiada satupun kes mahkamah di mana mahkamah menjatuhkan hukuman, terlihat ada pengaruh pihak lain.

5. Mahkamah membuat keputusan tidak lain tidak bukan berasaskan fakta yang dikemukakan kepada hakim-hakim, dan sudah tentunya, fakta-fakta itu dibuktikan melalui proseding yang panjang melibatkan para peguam, baik pembela mahupun pendakwa.

6. Keputusan mahkamah di negara ini, tiadapun pihak yang bertindak menyaman hakim yang membuat penghakiman, kerana didapati keputusan itu, tidak adil, kerana pengaruh pihak lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook