1. Memang pada Tahun 2004, pembalakan terpilih (heli logging) bagi
kawasan tertentu yang dikenal pasti untuk dijadikan kawasan simpanan
kekal hutan Sabah telah dibenarkan. Tujuan kepada kaedah itu, adalah
untuk menampung kos pemuliharaan hutan yang dicadangkan kerajaan negeri.
2. Oleh kerana harga kayu kayan merundum, kerana tindakan
negara-negara pengimport yang berkempen melarang pengimportan kayu
tropika, maka kaedah pembalakan terpilih itu dihentikan oleh syarikat
yang telah diberikan kebenaran, atas sebab operasi itu tidak
menguntungkan.
3. Memang kaedah pembalakan terpilih merupakan
kaedah untuk mencegah kerosakan hutan, kerana jalan-jalan balak tidak
perlu dibina, cukup membina tempat pendaratan heli dan kawasan “log
pond”.
4. Menerusi pembalakan terpilih selain mudah untuk dipantau, juga menghalang kegiatan mencuri balak.
5.
Kerajaan negeri sebenarnya tidak mengeluarkan lesen pembalakan baru
bermula tahun 2006. Pembalakan yang ada pada masa kini, adalah konsesi
yang telah diberikan sebelum ini yang berjangka masa 100 tahun. Pun
demikian, syarikat yang diberikan konsesi itu adalah dibidang kuasa
Yayasan Sabah.
6. Yayasan Sabah masih perlukan menjalankan
pembalakan terpilih, mengingat obligasi agensi itu terhadap rakyat,
termasuk penyajaan biasiswa, pendidikan daripada peringkat rendah hingga
ke menangah, program bantuan susu percuma serta memajukan
kawasan-kawasan terbelakang melalui program MESEJ dan sebagainya.
7.
Berkaitan dakwaan Junz Wong, kononnya, berlaku pembalakan terpilih
bagi kawasan-kawasan yang digazetkan sebagai hutan lindung, termasuk
kawasan simpanan hutan kekal seperti Lembah Danum atau Meliau Basin,
sebenarnya hanya dakwaan, kerana kegiatan seumpama itu, tidak mungkin
berlaku, memandangkan kawasan itu sentiasa dipantau Jabatan Hutan Sabah
termasuk berbagai agensi lain, malah kawasan itu diwartakan sebagai
kawasan yang dilindungi sepanjang masa dengan kerjasama dengan
negara-negara asing, termasuk Britin.
8. sebenarnya Ketua
Konservasi Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan telah memberi penjelasan
panjang lebar yang disiarkan surat khabar tempatan berkali-kali,
berkaitan dakwaan Junz Wong, namun, ADUN Likas itu, tidak mahu menerima
jawapan itu, sebaliknya, terus memutar belitkan berkaitan perkara itu.
9.
Junz Wong, sebenarnya tidak mahu menerima jawapan, sebaliknya telah
membuat keputusan, akan terus menjadikan pembalakan di Sabah sebagai isu
politik, kerana mereka ketandusan isu yang dialamatkan kepada kerajaan.
10.
Isu pembalakan, menurut perkiraan mereka, akan lebih mendapat sokongan
daripada rakyat, kerana kewangan yang melibatkan industri itu cukup
besar. Apabila mereka memainkan isu pembalakan, maka di fikiran rakyat,
ada pihak-pihak tertentu mendapat keuntungan besar.
11. Bagi
Junz Wong, “do or die” akan terus memarakkan isu pembalakan, selagi
beliau tidak dihadapkan ke mahkamah kerana memfitnah dan berbohong untuk
mengelirukan rakyat.
0 comments:
Post a Comment