Latest News

Monday 7 August 2017

Pembangkang Terperangkap Dalam Strategi Politik Dato Seri Najib Razak


TIDAK disedari pembangkang bahawa mereka sebenarnya sudah terperangkap dalam strategi politik yang dirancang Dato Seri Najib Razak.

Isu pembelian Kapal Selam di mana hampir 10 tahun dimainkan pembangkang akhirnya terdedah bahawa Dato Seri Najib tidak pun terlibat dengan pembelian kapal selam tersebut. Tetapi, beliau hanya kebetulan sebagai Menteri Pertahanan semasa kapal itu diserahkan kepada Malaysia.

Isu 1MDB telah memerangkap Tun Dr. Mahathir, bagaimana marahnya mantan Perdana Menteri itu terhadap kewujudan syarikat gergasi itu kerana kewujudan syarikat itu telah memutus rantai perniagaan para kroni mantan Perdana Menteri itu, khususnya dalam industri pembekalan tenaga litrik.

Tun Dr Mahathir dan Dato Kadir Jasin telah membuka isu berkaitan tentang keturunan Dato Seri Najib, akhirnya mengarah kepada status keturunan mantan Perdana Menteri itu, di mana asal usulnya, bukan pun melayu, walaupun status itu kemudiannya bertukar kepada melayu, kerana mengikut takrifan melayu.

Di negara ini, ramai rakyat negara ini bertukar kepada status melayu. Khususnya selepas kemerdekaan, apabila mereka itu mengamalkan budaya melayu, bertutur bahasa melayu dan sudah tentunya beragama islam.

Dalam bidang politik pula, Dato Seri Najib Razak memberi tahu rakyat bahawa pada PRU-14 akan datang rakyat ada dua pilihan. Sama ada mengekalkan kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO atau memilih kerajaan yang diterajui DAP.

Kenyataan Perdana Menteri itu bukan sesuatu yang mustahil, sebab selepas PRU-12 Negeri Perak membentuk kerajaan dimiliki oleh parti DAP.


Demikian juga halnya, Dato Seri Najib berjaya membuka mata rakyat, bahawa Pemimpin yang mencorakkan negara selama 22 tahun, kemudiannya pemimpin itu bangkit semula kononnya mahu memperbaiki kesilapan selama 22 tahun, melalui slogan SELAMATKAN MALAYSIA. 

Pendek kata, rupanya selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir meletakan asas yang tidak betul atau salah bagi negera. Dengan kata lain, rakyat terbuka pilihan, bagai mana menyokong pemimpin yang mengakui sekian lama hanya mempergunakan rakyat untuk kekal berkuasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook