Latest News

Wednesday 16 August 2017

PENYOKONG KERAJAAN-PEMBANGKANG : MANA LEBIH RELEVAN ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PBS IS NO MORE PROTECTING THE INTERESTS OR WELFARE OF THE SABAHANS... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot) (screenshot)

Penyokong parti Barisan Nasional (BN) bukan hanya bergantung pada satu parti namun ia bergerak secara kolektif. Oleh sebab itu, setiap pilihan raya majoriti calon-calon BN lebih banyak berbanding undian calon-calon pembangkang.

Sekiranya berlaku pertembungan banyak penjuru, kita boleh lihat jumlah undian yang tidak mengundi BN masih kurang. Ini membuktikan calon BN masih menang walaupun dengan majoriti kecil. Keadaan itu menunjukkan bahawa undian calon-calon BN bukan bergantung sepenuhnya pada undian satu parti namun undian komponen parti.

Jika benarlah dakwaan ada penyokong dan pemimpin akar umbi PBS menyertai parti pembangkang khususnya parti Warisan, keadaan itu tidak melibatkan komponen parti lain.

Memang BN menyedari ada penyokong dan pemimpin akar umbi parti-parti komponen menyertai parti Warisan. Oleh sebab itu, pada PRU-14 akan datang parti pimpinan Datuk Shafie Apdal  akan mendapat undi terbanyak berbanding parti-parti pembangkang lain.

Parti Warisan akan mengikuti undi parti BN. Pun begitu, undian yang diperoleh parti itu tidak diterjemahkan kepada kerusi.

Dijangkakan pada PRU-14 memang calon-calon parti Warisan akan memberi saingan kepada calon-calon BN. Dan begitu juga di pengakhirannya, calon-calon BN akan muncul sebagai pemenang.

Seandainya pada PRU-14 berlaku pertembungan pelbagai parti, BN akan menang sekurang-kurangnya 54 kerusi DUN, manakala 6 kerusi lagi akan dimenangi calon-calon DAP, parti-parti pembangkang lain termasuk parti Warisan.

Parti Warisan bagaikan “dalam keadaan menang sorak tapi kampung tergadai”.  Pengundi yang mengundi parti itu, adalah kumpulan pengundi pembangkang dan sedikit pengundi BN yang membawa diri.

Benarlah kata Datuk Maximus Ongkili, mengundi parti pembangkang adalah sia-sia, sebab, undi yang diberi tidak mampu diterjemahkan kepada kerusi.

Dalam pilihan raya yang berbicara adalah jumlah kerusi.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook