Latest News

Saturday 26 August 2017

PRU-14: Bakal-Bakal Calon BN Sudah Dikenal Pasti


1. Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Dr Zahid Hamidi sudah mengesahkan, bahawa calon-calon BN yang bakal berentap pada PRU-14 sudah berada di tangan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional.


2. Menerusi pengakuan TPM itu, PRU-14, akan bila-bila masa akan dilaksanakan.

3. Bagi Sabah, sudah tentu Datuk Seri Musa Aman, telah mengemukakan calon-calon bagi pihak parti Umno kepada Perdana Menteri.

4. Bagi UMNO Sabah terdapat empat kekosongan calon, dua DUN dan dua Parlimen. Bagi DUN yang kosong kerana kematian penyandangnya dan satu lagi kerana menyertai parti pembangkang, bagi parlimen pula, seorang wakil rakyatnya digantung sebagai ahli parti, dan tidak boleh dicalonkan mewakili parti dan seorang lagi telah menjadi Presiden sebuah parti pembangkang.

5. Selain empat kekosongan itu, bisik-bisik yang telah lama beredar, beberapa penyandang (DUN dan Parlimen) tidak akan mempertahankan kawasan masing-masing kerana faktor usia, selain berkedudukan wakil rakyat itu bukan lagi calon yang termasuk dalam “winnable candidate”.

6. Bagi parti komponen BN pula, parti PBS akan mengemukakan calon-calon muka baru yang teramai, selain pengganti Tan Sri Pairin Kitingan. Demikian juga parti UPKO, LDP dan MCA akan mengemukakan calon-calon baru bagi kawasan di mana calon parti itu tewas pada PRU-13.

7. Walaupun DUN Sabah telah meluluskan 73 kawasan Dun, nampak gayanya, pada PRU-14 masih menggunapakai 60 kawasan, sementara kawasan Parlimen akan tetap sama, kerana tiada persempadanan semula.

8. Pada PRU-13, Bn Sabah telah menang 48 kerusi DUN daripada 60 kawasan yang dipertandingkan, manakala di peringkat Parlimen, BN Sabah menang 22.

9. Berasaskan perkembangan dan senario politik semasa, BN Sabah tidak bakal menghadapi kerumitan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-13 lalu, walaupun dapat saingan kuat daripada parti yang ditubuhkan Datuk Seri Shafie Apdal.

10. Di atas kertas, parti Datuk Shafie Apdal akan mendapat undi, namun undi yang diperolehi parti itu tidak dapat diterjemahkan kepada kerusi.

11. Memang pada PRU-14, akan berlaku saingan sengit, di mana undi majoriti calon-calon Bn jauh lebih kecil berbanding majoriti pada PRU-13, namun tiada kawasan yang dipertahankan Bn bakal jatuh ke tangan pembangkang, termasuk Parlimen Semporna dan DUN Sulabayan.

12. Kalaupun BN, kehilangan kerusi, ianya bakal berlaku di kawasan KDM, namun akan ditutup dengan merampas kawasan lain, termasuk merampas semula kawasan Penampang dan DUN di kawasan parlimen itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook