Latest News

Saturday 19 August 2017

PUTAR BELIT DARI LIDAH PEMBANGKANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ISU-ISU POLITIK & KENEGARAAN DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA... Oleh FB Jufazli shii ahmad (screenshot)

Pada tahun 2014 kerajaan telah melaksanakan rasionalisasi subsidi minyak. Makna kata lain, kerajaan akan mengikuti harga pasaran dunia dalam penentuan harga minyak di Malaysia.

Kerajaan telah melaksanakan rasionalisasi subsidi minyak kerana sejak sekian lama. Subsidi yang diberikan pada produk ini tidak mengenai golongan sasaran. Bahkan sebaliknya susbsidi tersebut dinikmati oleh mereka yang bukan sepatutnya. Siapa golongan penulis maksudkan? YA BETUL ! Rakyat asing turut menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

Perlu diketahui bahawa Malaysia bukan hanya melaksanakan rasionalisasi subsidi, Malaysia juga pada masa yang sama melaksanakan pemberian BR1M bagi individu yang layak.

Satu perkara yang harus rakyat negara faham adalah Malaysia memang mengeluarkan minyak, akan tetapi negara kita bukan tergolong dalam senarai pengeluar minyak terbesar dunia. Hal ini kerana minyak keluaran negara tidak cukup untuk kegunaan sendiri.

Memang harga keluaran negara lebih mahal daripada minyak yang diimport, tetapi jurang perbezaannya hanya sedikit. Yang mana perbezaan itu boleh kita nilai sendiri apabila negara Malaysia tidak mencukupi untuk membayar subsdi secara menyeluruh.

Sebelum rasionalisasi minyak dilaksanakan, negara terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM30bilion setahun. Subsidi itu dinikmati oleh syarikat-syarikat kaya seperti pemilik IPP, kilang yang menggunakan banyak tenaga eletrik, kereta-kereta besar dan orang-orang kaya.

Pada harga minyak di atas USD100 setong, pendapatan petronas mencapai RM80bilion. Namun, apabila penghasilan minyak menjunam, pendapatan syarikat itu hanya berbaki RM30bilion. Kesinambungannya, sekiranya pendapatan syarikat itu menjunam maka dividen dibayar kepada kerajaan juga menjunam. Pada pendapatan syarikat itu RM80bilion, syarikat tersebut masih mampu membayar dividen RM30bilion kepada negara. Namun selepas pendapatan turun, dividen lebih sedikit daripada RM10bilion. Negara kehilangan pendapatan tidak kurang RM20bilion setahun, kerana penurunan harga minyak.

Pada keadaan harga minyak tinggi di pasaran dunia, di mana masa itu kerajaan masih memberikan subsidi, maka sebarang dividen daripada Petronas dikembalikan dalam bentuk subsidi. Beruntungnya kita di Malaysia, meskipun harga minyak sudah berada pada paras harga tinggi, keadaan ini tidak menganggu aktiviti ekonomi dan rakyat, kerana kalaupun setiap minggu berlaku perubahan harga, kerana ianya disesuaikan dengan harga pasaran dunia.

Jika ada yang mengatakan, harga minyak naik, kenyataan itu, sebenarnya kenyataan kedai kopi, kerana jika diamati, sejak minyak diampungkan sesuai dengan harga minyak dunia, jumlah kenaikan purata hanya berjumlah 48 sen, manakala purata penurunan 66 sen. Secara purata, rakyat masih untung 18 sen.

APA YANG KITA PERLU TAHU MENGENAI BANJIR DI SABAH ?
Isu banjir, adalah fenomena alam. Akibat perubahan iklim dunia, maka berlaku taburan hujan yang abnormal.

Sitem perparitan yang dibina tidak mempertimbangkan taburan hujan yang abnormal, sebab itu, tidak dapat menampung curahan hujan.

Manusia hanya dapat merancang, tidak mengetahui ketentuan Tuhan.

Manusia seperti dalam facebook yang membuat dakwaan seolah-olah dia mempunyai kuasa Tuhan, sebab itu mengetahui sebelum kejadian hujan yang abnormal, maka banjir disebabkan oleh kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Kerajaan Sabah ditunjangi UMNO hanya bermula tahun 1994, sebelum itu bukan. Perpartian untuk menampung banjir ada yang dibina sebelum itu.

Pembangunan yang tidak tersusun pada kawasan-kawasan yang dilanda banjir telah wujud sebelum UMNO masuk ke Sabah, dan juga sebelum Datuk Musa menjadi Ketua Menteri.

ISU Hasutan
Hanya satu AYAT. Jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Pelanduk yang dilepas, sudah bertanda, satu hari akan masuk jerat. Jangan angkat bakul dahulu, kerana anda belum dihadapkan ke mahkamah.

ISU RM3juta

Isu satu ringgit adalah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook