Latest News

Tuesday 15 August 2017

Rendahnya Jati Diri Penyokong Pembangkang - Anjing Matipun Salahkan Pemimpin Kerajaan


1.  Para penyokong pembangkang khususnya yang menggunakan media sosial bukan sahaja merendahkan-rendahkan status mereka sebagai manusia yang dikurniakan akal oleh Tuhan untuk berfikir tetapi telah menjadikan diri mereka manusia-manusia “pariah”.

2.  Oleh kerana status mereka sudah menjadi manusia-manusia “pariah” maka anjing mati di tengah jalanpun kerana terlanggar kereta, menyalahkan pemimpin.

3.  Demikian juga parit tersumbat yang disebabkan oleh penduduk suatu tempat itu sendiri. Para pentaksub pembangkang menafikan bahawa faktor banjir berlaku juga boleh disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Perbuatan segelintir masyarakat ini sedikit sebanyak berpotensi menyumbang kepada perluapan air hujan sehingga menyebabkan banjir. Isu ini juga mereka gunakan sebagai modal menyalahkan pemimpin.

4.  Hujan turun lebat melebihi kelebatan biasa; disertai air pasang, sehinggakan menyebabkan banjir turut dikaitkan dengan pemimpin. Maknanya, mereka itu menyamai kuasa Tuhan, kerana dapat menuding jari peyebab banjir.

5.  Perlu kita maklum bahawa meskipun kita ada 1000 Dato Seri Najib Razak , 1000 Datuk Musa Aman,  1000 Datuk Salleh Tun Said atau 1000 pemimpin lain percayalah pemimpin tersebut tiada kuasa sebesar kuman pun boleh menghalang kuasa Tuhan (The Act of God).

6.  Di dunia ini tiada pemimpin pun yang boleh melawan kuasa Tuhan. Tetapi apa yang malang sekali, para penyokong pembangkang atau anti kerajaan, secara tidak langsung MENGAKU  mempunyai kuasa Tuhan. Atas sebab itu mereka boleh menyalahkan pemimpin atas kejadian fenomena alam.

7.  Di Sabah, para anti kerajaan menyalahkan Ketua Menteri, kerana musibah banjir. Melalui tindakan itu, secara tidak langsung mereka mengaku, mereka  mempunyai kuasa seperti Tuhan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook