Latest News

Thursday 24 August 2017

Sabahan- Demi Sabah Untuk Malaysia


1. Hari Malaysia ke 54 akan disambut bulan depan, tepatnya pada 16 September 2017. Dalam usia yang demikian, seharusnya rakyat Sabah yang berkesempatan mengharungi kemerdekaan selama tempoh masa itu, sudah tertanam semangat Demi Sabah Untuk Malaysia.


2. Rakyat Sabah sepatutnya sudah meninggalkan pemikiran lama yang ditanam oleh petualang-petutalang negeri ini yang berkiblat kepada Sabah for Sabahan, dan Sabahan untuk Sabah dan seharusnya terbang tinggi berbicara di luar kepompong, demi Sabah untuk Malaysia.

3. Rakyat Sabah tidak harus lagi berenang di kolam sendiri, tetapi harus melebarkan sayap di kolam yang lebih besar. Pandangan jauh inilah yang tersemat dalam sanubari Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun, semasa Bapa Kemerdekaan Sabah itu menjemput parti Umno masuk ke Sabah pada tahun 1990.

4. Rakyat Sabah perlu mengambil iltizam, bahawa kemasukkan Umno ke Sabah telah membuka ruang kepada rakyat negeri ini untuk berbicara di peringkat nasional, sebagai contoh, julung kalinya pemimpin Sabah mendapat tempat di peringkat tertinggi dalam parti tunjang kerajaan Persekutuan.

5. Kemasukkan Umno ke Sabah, telah membuka ruang kepada pemimpin Sabah untuk ikut mencatur pemerintahan negara, malah ikut sama dalam mencatur parti tunjang kerajaan.

6. Selain itu, julung-julung kalinya, rakyat Sabah diberi peluang mengetuai agensi-agensi kerajaan Persekutuan, termasuk jawatan-jawatan Ketua Setiuasaha Kementerian (KSU), Pengarah, Naib Censalor Universiti dan sebagainya.

7. Kemasukkan Umno ke Sabah telah memperbesar kolam untuk rakyat Sabah untuk direnangi, namun tindakan itu, cuba dilenyapkan oleh parti pembangkang Sabah, dan mahu kembali ke kolam kecil, untuk rakyat Sabah berenang semula, kerana tujuan mereka, akan lebih mudah mencatas satu sama lain, dan memudahkan Sabah dan rakyatnya sangat bergantung kepada pemimpin tertentu, seperti mana berlaku sebelum kemasukan Umno ke Sabah.

8. Di Sabah, selain parti pembangkang tempatan yang ingin mengembalikan kolam kecil untuk rakyat Sabah berkumpul, parti Bersatu Sabah (PBS) masih mempunyai pendekatan serupa. Keadaan ini, menjadikan parti komponen BN Sabah itu, bagaikan gunting dalam lipatan.

9. Sepatutnya PBS telah mengambil iktibar, bahawa telah 9 tahun parti itu mencuba mempraktikkan konsep Sabah for Sabahan bermula tahun 1985-1994, yang telah mengakibatkan Sabah mundur termasuk rakyatnya jatuh miskin.

10. Parti komponen BN Sabah itu perlu melihat data kemajuan Sabah semasa mereka memerintah negeri, di mana kadar kemiskinan tertinggi di negara ini, pendapatan negeri hampir negatif, kemajuan daripada segi pembangunan tertinggal. 

11. Berasaskan kepada pengalaman selama 9 tahun, parti PBS tidak lagi perlu terikut-ikut dengan gema parti pembangkang lain yang mahu kembali ke era Sabah for Sabahan. Parti itu, sepatutnya perlu mendepani menentang pendekatan parti pembangkang yang mahu kembali ke era kegelapan Sabah.

12. Parti pembangkang tempatan Sabah, masuk kampung keluar kampung cuba menjual Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), walaupun mereka gagal memerincikan apa yang terkandung dan latar belakang perjanjian itu, dan pencapaian yang telah dicapai.

13. Mereka cuba memesong pemikiran rakyat, dengan mengintreprastikan keadaan 54 tahun lalu kepada keadaan masa kini, dan cuba menafikan kemajuan yang dicapai mengikut kemampuan sepanjang tempoh masa itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook