Latest News

Sunday 27 August 2017

SABAHAN PERLU Berpijak Di Bumi Nyata


1. Sebarang keputusan rasional, dihubungkan dengan fakta nyata, sebaliknya percaya kepada sesuatu yang belum pasti, merupakan keputusan membabi buta.


2. Cuba amati keputusan kerajaan apabila melaksanakan rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan GST. Berasaskan tindakan nyata itu, ekonomi negara terselamat, malah dapat melonjakkan pertumbuhan negara dan meningkatkan jumlah devisa negara.

3. Apa yang pasti, apabila negara mempunyai kewangan, maka pembangunan akan beterusan. Pembangunan yang beterusan akan mempergiat aktiviti ekonomi. Ekonomi yang rancak memberi peluang kepada rakyat yang tekun menambah pendapatan. Dukacita bagi mereka yang malas, kerana kerajaan tidak dapat membantu. Mereka yang termasuk kategori malas inilah yang diselimuti hati busuk dan membuat berbagai dakwaan kepada kerajaan.

4. Meskipun terdapatnya rakyat yang malas, dan tidak memanfaatkan pertumbuhan ekonomi, yang menyebabkan mereka terbeban kerana berlakunya kenaikkan harga barangan atau perkhidmatan seiringan dengan perkembangan ekonomi, kerajaan bertindak menghulur bantuan berbentuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan bantuan-bantuan lain, agar kehidupan mereka tidak terbeban.

5. Kenaikan sara hidup akibat kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan merupakan harga yang perlu ditanggung rakyat sebagai impak kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan, sebab itu, jangan pelik, apabila berkunjung ke negara-negara maju, jika di negara kita secawan kopi masih berharga RM1.50, manakala di negara maju berharga RM8. Demikian juga sebotol “drinking water” di negara kita boleh dibeli dengan RM0.50, akan tetapi di negara lain setara RM4.50.

6. Kerajaan Malaysia, masih melakukan pendekatan berhemah, apabila mengenal pasti, rakyat yang kurang “berusaha” di kelompokkan kepada kumpulan “Bawah 40” dan kumpulan “Menengah 40”. Istilah ini terlahir melalui Bajet negara tahun 2015, apabila Perdana Menteri membangkitkan istilah itu dalam bajet yang beliau bentangkan.

7. Bermula tahun 2015, kita benar-benar mengenal, bahawa kelompok rakyat Malaysia, telah terbahagi tiga dalam istilah pendapatan.

8. Ekoran kepada pengelompokan kumpulan rakyat itu, maka kerajaan bertindak mensasarkan pembangunan dan kemajuan di kawasan-kawasan atau di mana kumpulan itu berada. Atas sebab itulah, pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dilaksanakan, pembinaan rangkaian kereta api Pantai Timur di Semenanjung di laksanakan, pelaksanaan perumahan rakyat yang bersubsidi, dijadikan sebagai polisi kerajaan.

9. Di Sabah pula, Datuk Seri Musa Aman, telah memperkenalkan Halatuju Sabah, Pembangunan dan Kemajuan Sabah Tahun 2025, melaksanakan Geran Komunal, mempergiat industri pelancongan di seluruh daerah, kerana melalui kaedah itu, rakyat akan terbangun daripada tidur lena, kerana ketokan kemajuan sudah berada di depan pintu, hanya menunggu untuk digapai.

10. Hakikatnya, para pemimpin BN, sudahpun memikirkan bagaimana memajukan rakyat, sebab itu, kerajaan BN sanggup mengemukakan istilah B40 dan M40, bagi memudahkan setiap pelaksana polisi atau pengumbal polisi menuju sasaran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook