Latest News

Monday 28 August 2017

Siapa Golongan Tidak Menghormati Hari Kebangsaaan ?


1. Di laman sosial, terdapat individu-individu selain tidak menghormati HARI KEBANGSAAN, malah mereka mempersoal sambutan itu, dan mendakwa sesiapa yang terlibat menyambut HARI KEBANGSAAN pada 31 Ogos, merupakan KUDA TUNGGANGAN MALAYA.


2. Sungguh malang sekali, mereka yang mempersoalkan sambutan itu adalah mereka yang dilahirkan sebelum Pembentukan Persekutuan Malaysia, dalam tempoh masa lebih sedekad, tidakpun terdengar rungutan daripada kumpulan itu, namun selepas menyertai parti tempatan yang membawa MISI Sabah for Sabahan, maka timbullah tindakan mempersoalkan HARI KEBANGSAAN.

3. Menerusi tindakan para individu penggiat di laman sosial, menggambarkan bahawa parti tempatan yang membawa misi Sabah for Sabahan mempunyai matlamat tersirat sebagai anti Persekutuan, kalau hasrat itu bukan merupakan misi parti itu, tidak lah sampai ada individu-individu penyokong parti itu, tanpa berselindung mempersoalkan sambutan Hari Kebangsaan.

4. Kalau ditelusuri sejarah, bukan Ogos juga merupakan bulan pembebasan North Borneo daripada penjajajahan British, kerana pada 31 Ogos 1963, British telah memberi Internal Self Government kepada jajahannya itu. Pemberian Internal Self Government itu membolehkan bekas jajahannya itu menyertai Persekutuan Malaya, Sarawak dan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

5. Mengapa para individu penyokong pembangkang itu, suka sangat mempersoalkan Hari Kebangsaan? Sedangkan Hari Kebangsaan merupakan satu tarikh yang dipilih daripada sekian banyak tarikh sebagai hari penyatuan dan hari perpaduan. 

6. Mereka yang mepersoalkan tarikh Hari Kebangsaan perlu bertanya pada diri sendiri, maksud apa yang berbuku dalam jiwa, sehingga anti sangat kepada 31 Ogos? Apa kesilapan tarikh itu? Tarikh 31 Ogos telah disepakati majoriti rakyat negara ini sebagai Hari Kebangsaan dan bulan Ogos merupakan BULAN KEMERDEKAAN.

7. Di negara ini, ada dua tarikh keramat, iaitu HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA. Hari kebangsaan merupakan hari yang perlu diingati sebagai hari pembebasan daripada penjajahan, dan pada hari itu membolehkan negara sebagai negara merdeka.

8. Memang terdapat perbezaan 6 tahun, antara kemerdekaan Persekutuan Malaya dan Pembentukan Persekutuan Malaysia. Tetapi jangan lupa, bahawa kemerdekaan Malaya itu, telah menjadi pendorong kepada rakyat Sabah dan Sarawak untuk merdeka.

9. Para individu yang mempersoalkan Hari Kebangsaan, yang jatuh pada 31 Ogos, sangat alergi terhadap jumlah tahun kemerdekaan yang dihubungkan dengan Tahun 1957, kerana mereka masih menaruh perasaan, bahawa Tahun 1957, bukanlah Tahun Kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak, melainkan Persekutuan Malaya.

10. Sebagai proses mengurangkan salah faham, jika sebelum ini 31 Ogos disambut sebagai HARI KEMERDEKAAN, namun kini telah ditukar kepada HARI KEBANGSAAN, pun demikian, masih ada individu yang mempersoalkannya. 

11. Pendek kata, bagi mereka yang bersifat pembangkang, apapun tindakan kerajaan, pasti akan dibangkang. Mereka itu, tiada niat penyatuan, melainkan perpecahan.

12. Kepada rakyat yang cinta akan kerharmonian dan perdamaian, supaya jangan sama sekali terpengaruh dakyah mereka yang cuba meniupkan kebencian, kerana hakikatnya tujuan mereka itu, mahu mengwujudkan keadaan tidak stabil dalam negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook