Latest News

Friday 4 August 2017

Skandal RM 40 juta Hasil Balak Hanya Dakwaan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Who is the current CM of Sabah that has 40million Timber Scandal... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)


SUMBANGAN kepada UMNO Sabah berjumlah RM40juta daripada penderma tidak dinyatakan dan tiada kaitan dengan industri balak Sabah.

Siasatan SPRM dan Badan Pencegah Rasuah Hongkong (HKACC-Hongkong) mendapati bahawa sumbangan kepada UMNO Sabah pada tahun 2008  daripada penyumbang yang “genuine” dan tiada kaitan dengan industri balak di Sabah, atau penyumbang itu ada kepentingan projek-projek di Sabah. 

SPRM dan HKACC Hongkong menyimpan rekod penyumbang yang tidak disebutkan nama itu dan sumbangan kepada UMNO Sabah itu adalah sumbangan politik yang tiada kepentingan tertentu yang mengiringinya.

Penjelasan berkaitan sumbangan itu dijelaskan di Dewan Rakyat. Seharusnya, isu itu sudah dinoktahkan. Namun pembangkang temasuk pengguna facebook itu sentiasa mengali isu itu demi tujuan jahat politik.

Sumbangan RM40juta kepada UMNO Sabah itu tiada kaitan dengan FMU, kerana pemuliharahan hutan itu telah dilaksanakan sebelum Datuk Seri Musa Aman dilantik Ketua Menteri. Malah semasa kabinet Sabah meluluskan pemuliharan hutan itu, beliau bukan pun anggota kabinet negeri.

Sebagai catitan hutan Sabah pada tahun 2002, hanya sedikit di atas 800 ribu hektar dan kini sudah mencapai 1.7juta hektar. Makna kepada penambahan keluasan itu sejak Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri, tidak berlaku lagi penebangan hutan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook