Latest News

Thursday 17 August 2017

Status Institut Pendidikan Guru

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mengecewakan Rakyat Sabah... Oleh FB Page Avasi Sabah (screenshot)

Setiap institusi latihan pasti akan sampai tahap tepunya. Demikian juga IPG, titik tepu sudah tercapai. Di negara Malaysia, latihan guru bukan sahaja dilaksanakan melalui IPG. Ia juga dilaksanakan di sebahagian institusi pengajian awam dan swasta yang mempunyai fakulti pendidikan. Dalam modul pengajian fakulti Pendidikan tersebut, mahasiswa akan dididik untuk menjadi seorang guru.

Asas kepada IPG semasa ditubuhkan adalah pada ketika itu negara Malaysia tidak mempunyai banyak institusi awam mahupun swasta yang melaksanakan latihan guru.

Seiring dengan peredaran zaman, kini keperluan guru terlatih sudah menurun sekali. Sekalipun ada keperluan, ianya boleh dibekalkan melalui institusi pendidikan awam.

Kerajaan mendapati bahawa kampus IPG di seluruh negara lebih sesuai dijadikan pusat vokasional. Hal ini kerana keperluan keluaran untuk tenaga pengajar diperlukan oleh negara sesuai dengan rancangan negara menjadi negara maju pada tahun 2020.

Statistik menunjukkan bahawa keperluan guru sudah mencapai titik optimum. Dengan kata lain keperluan melatih guru dengan menggunapakai IPG sudah tidak sesuai lagi melihat kepada perkembangan semasa.

Apa yang dibimbangkan sangat berkaitan dengan pertukaran fungsi IPG? Membiarkan IPG dengan status asalnya pada masa kini sudah tidak berbaloi lagi. Cuba bayangkan jika pengambilan pelajar untuk dilatih dalam satu sesi hanya kurang lebih 100 orang berbanding masa dahulu yang jumlahnya mencecah angka 600 hingga 1000 orang.

Lagipun daripada jumlah 100 orang itu, nisbah setiap negeri menghantar 10 orang. Dengan jumlah 100 pelajar setiap sesi sebenarnya merugikan negara. Kenapa merugikan ? Kerana pensyarah tidak dapat digunakan secara optimum. Selain itu, kos-kos lain turut menyebabkan IPG tidak lagi kos efektif.

Mereka yang suka sangat mempertahankan IPG, sebenarnya, mereka yang tidak tahu apa-apa berkaitan institut tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook