Latest News

Monday 14 August 2017

Status Sabah Di Mata Negara Filipina

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Presiden Filipina Ikrar Tuntut Sabah... Oleh FB Suara Rakyat Kunak (screenshot)


Perlu diketahui, sebarang kenyataan berkaitan Sabah oleh Negara Filipina, hanya satu kenyataan persendirian yang tiada kekuatan undang-undang di Peringkat Antara Bangsa.


Sebarang kenyataan pemimpin Filipina termasuk Presiden negara itu, tiada merit untuk dilayan kerana tidak mempunyai kekuatan undang-undang termasuk dalam negara itu.

Tuntutan ke atas Sabah oleh Filipina sebenarnya ada kaitan dengan kesultanan SULU, namun status kesultanan itu sendiri, sudah dimansukan sejak 100 tahun lalu, dan tidak diiktiraf lagi.

Ertinya, kenyataan Presiden Filipina itu, hanya kenyataan politik, tiada kaitan dan tiada kekuatan undang-undang.

Masyarakat dunia tahu, bahawa bermula tahun 1963, status Sabah merupakan sebahagian wilayah negara berdaulat, iaitu Malaysia. Sebarang isu selepas 16 September 1963, secara automatik telah termansuh.

Jika ada pihak-pihak tertentu membangkitkan Status Sabah dituntutan Filipina, ianya boleh dianggap sebagai cerita kedai kopi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook