Latest News

Saturday 26 August 2017

Tarikh PRU-14 Akan Diketahui Secepatnya


1. PRU-14 sudah dikenal pasti, tetapi yang jelas bukan sebelum Oktober 2017. 


2. Bajet tahun 2018 akan dibentang pada Oktober di Dewan Rakyat, selepas Kerajaan Persekutuan membentangkan bajet, giliran kerajaan-kerajaan negeri pula membentangkan bajet. 

3. Kerajaan-kerajaan negeri akan membentang bajet pada bulan Novembar.

4. Pada minggu pertama Disember, Umno akan mengadakan Perhimpunan Agung, ada kemungkinan pembubaran Parlimen akan berlangsung selepas PAU itu.

5. Bulan Disember adalah bulan basah bagi seluruh negara, kerana angin monsoon Timur Laut sedang bertiup dan membawa hujan sepanjang bulan Disember sehingga ke bulan Januari.

6. Angin monsoon boleh membawa musibah banjir. Apa kah musim banjir, diguna pakai sebagai musim berkempen? supaya rakyat dapat mengenal pasti, parti mana atau pemimpin mana yang benar-benar dapat membela rakyat?

7. Kalaulah saya Dato Seri Najib Razak, saya akan bubarkan Parlimen pada awal bulan tengkujuh, dan pada keadaan ekstrime itu, dan pada keadaan itu, rakyat akan tahu, mana satu permata dan mana satu batu.

8. Memangpun diakui dan diketahui, bahawa pembangkang sepanjang masa hanya bercakap retorik dan membuat janji bulan bintang, namun ada juga rakyat yang terpengaruh, kerana rakyat terbuai dengan janji-janji. Namun, apabila rakyat berdepan dengan situasi sebenar, misalnya musibah banjir, disitulah rakyat sebagai manusia biasa, akan menyedari, bahawa janji bulan bintang tidak bakal boleh membantu.

9. Berdepan dengan keadaan ekstrime, akan dibezakan oleh kekuatan dan pengurusan jentera pilihan raya. Penulis yakin, BN mempunyai jentera pilihan raya yang kukuh.

10. Akan berlaku kah kempen pilihan raya pada bulan Disember, dan sebelum Hari Natal maka diketahui parti mana akan memerintah negara? Sama-sama kita tunggu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook