Latest News

Tuesday 29 August 2017

Umno Sabah Bukan Parti Kaum

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dekat PRU Bolehlah Cakap Macam Itu... Oleh FB Suara Rakyat Kunak (screenshot)

UMNO Sabah bukan parti kaum. Parti Umno Sabah dianggotai semua kaum bumiputera. Di Sabah, kekuatan parti UMNO kerana perpaduan antara kaum. Semua kaum yang menjadi ahli hanya memandang kepada parti, bukannya suku kaum mana yang menjadi pemimpin.


Oleh kerana para ahli UMNO hanya mengambil kira soal parti, maka pemimpin yang bukan berlatar belakang kaum majoriti boleh menjadi pemimpin, kerana para ahli hanya mengambil kira merit kepimpinan serta kepimpinan yang dapat membela ahli, parti dan negeri.

Di Sabah, parti yang berasaskan kaum, sudah ditolak sejak tahun 1994 lagi, apabila parti PBS tumbang. Rakyat Sabah sudah mengambil iktibar, bahawa Sabah tidak sesuai lagi diperintah parti berasaskan kaum, melainkan perlu diperintah berasaskan gabungan berbagai kaum, seperti mana diamalkan oleh parti Barsian Nasional.

Teguran MP Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh, agar isu perkauman jangan di bawa-bawa ke dalam Bahagian Umno Kalabakan, adalah satu peringatan kepada para ahli UMNO Sabah, kerana isu perkauman, adalah cara parti pembangkang, bukan cara parti Barisan Nasional.

Adalah cukup mudah mengenal pembangkang, kerana cara pembangkang suka meniupkan isu-isu perkauman. 

Para ahli UMNO dan BN, kena mengambil iktibar, barang siapa yang membawa isu perkauman, sebenarnya mereka itu adalah pembangkang, jika mereka itu mendakwa sebagai ahli UMNO atau BN, sebenarnya mereka itu “musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan”.  
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook