Latest News

Friday 25 August 2017

WARISAN LIBATKAN SPRM DALAM POLITIK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Just to make it clear... Oleh FB Mohd Azis Bin Haji Jamman (screenshot)
(ii) Dare to Fight... Oleh FB Mohd Azis Bin Haji Jamman (screenshot)

Terlihat betul parti Warisan bermain politik. Kononnya, membuat laporan kepada SPRM berkaitan pembalakan di Sabah, namun pada masa yang membuat ulasan-ulasan dan rakaman video berkaitan isu yang dilaporkan.



Cara parti itu, seolah-olah bertindak sebagai Pelapor, penyiasat, pendakwaraya dan hakim. Jika demikian tindakan parti itu, mengapa melibatkan SPRM? 

Tindakan parti WARISAN memutar belit laporan mereka, seolah-olah mahu mengheret SPRM dalam kancah politik, sedangkan agensi itu bebas politik.

Rakyat kena faham, tindakan parti Warisan itu, hanya mainan politik murahan, kerana apa yang laporkan sesuatu yang tidak boleh digunapakai sebagai bukti di mahkamah untuk maksud pendakwaan.

Jika benarlah, seperti mana dakwaan pemimpin parti pembangkang itu, SPRM sudah tidak teragak-agak bertindak, kerana kerajaan negeri Sabah, sudah lama melaksanakan aku janji bebas rasuah bersama dengan agensi itu.

Sudah tiba masanya, agensi itu bertindak pada pihak-pihak seperti pemimpin parti Warisan yang menyalahgunakan kedudukan agensi itu, supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain, untuk tidak mengheret agensi itu ke dalam kancah politik.

Agensi itu, tidak memerlukan laporan yang berunsur politik, kerana mempuyai pemberi maklumat yang cukup untuk mengetahui, apa kah salah laku rasuah berlaku.

Pembalakan, bukan kuman, pembalakan sesuatu perkara yang mudah dilihat, mudah diperikasa dan susah disorokkan.

Tindakan pemimpin parti Warisan itu, bukan sahaja memfintah kerajaan, akan tetapi memperlekeh kemampuan SPRM mengenal pasti jenayah rasuah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook