Latest News

Wednesday 27 September 2017

22 Tahun- Tun Dr Mahathir Tidak Sedar Nafi Hak Sabah dan Sarawak


1. Memangpun Tun Dr Mahathir bukan Perdana Menteri semasa Akta Petrolium Negara digubal, tetapi beliaulah pelaksana utama kepada akta itu selama 22 Tahun plus sebagai Pengerusi dan penasihat Petronas.


2. Cuba bayangkan, Sabah dan Sarawakpun tidak dibenarkan menubuhkan syarikat minyak sendiri dalam tempoh mantan Perdana Menteri itu berkuasa.

3. Kini, Sabah ada Sabah International Petrolium Bhd, dan Sarawak ada Petros.

4. Selepas sahaja Tun Dr Mahathir berhenti daripada jawatan Perdana Menteri, maka Sarawak ada Sarawak Corridor Renewable Energy (SCORE) , Sabah ada Sabah Development Corridor (SDC) yang bernilai berbilion ringgit, menyediakan ribuan peluang pekerjaan.

5. Sabah dan Sarawak akhirnya mempunyai Lebuh Raya (Lebuh Raya Pan Borneo) yang bernilai lebih RM23bilion.

6. Sekiranya Tun Mahathir masih berjawatan Perdana Menteri, tidak akan ada jambatan bertingkat di Sabah, tidak akan ada jambatan Sadong di Sarawak (Jambatan itu salah satu jambatan tercantik di Asia).

7. Jika Tun Dr Mahathir Perdana Menteri, tidak akan rakyat Sabah dan Sarawak boleh bercakap berkaitan Perjanjian Malaysia (MA63), 18 Perkara dan 20 Perkara.

8. Selepas sahaja beliau berhenti, rakyat dua negeri itu, bukan sahaja bebas bercakap berkaitan hak-hak, akan tetapi mendapat respon yang positif daripada Perdana Menteri yang ada.

9. Selama Tun Dr Mahathir berkuasa, TIADA satu perkataanpun keluar daripada mulut beliau, berkaitan pembangunan dan kemajuan Sabah dan Sarawak, apatah lagi mengumumkan peruntukan yang besar pada dua negeri itu, agar membangun dan maju setara dengan pembangunan dan kemajuan Semenanjung.

10. Kini, hanya dua tahun sebagai pembangkang, mantan Perdana Menteri itu, tahu pula bercakap berkaitan hak-hak Sabah dan Sarawak. Tahu pula bercakap berkaitan industri minyak untuk dua negeri itu, tahu pula bercakap berkaitan MA63, 18 dan 20 Perkara.

11. Rakyat Sabah dan Sarawak, jangan terpedayah, semua itu, hanya janji retorik, semua itu hanya janji bulan bintang. Jangan sesekali terperangkap dengan mendengar guruh di langit, lalu air di tempayan dicurahkan.

12. Tun Dr Mahathir merupakan pemimpin politik hipokrit paling tinggi dan juga merupakan seorang pemimpin yang menggunapakai politik menghalalkan cara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook