Latest News

Tuesday 26 September 2017

Apa Impak Lawatan Tun Dr Mahathir ke Sarawak?


1. Pada petang Ahad, 24 September Tun Dr Mahathir dengan jet peribadi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) untuk satu cermah di kubu kuat DAP Parlimen Stampin.


2. Mantan Perdana Menteri itu diapit Lim Kit Siang dan MP Stampin pada petang itu, didepan 2000 pendengar atau ada yang memberi angka 8,000; 10,000.

3. Lokasi perjumpaan itu, memang kawasan perjumpaan tradisi bagi DAP atau pembangkang, kerana di tempat itu lokasi perjumpaan sejak sekian lama di bandar Kuching.

4. Perjumpaan pada Ahad, sebenarnya lebih sedikit kehadirannya berbanding pada PRN Sarawak Tahun 2016, kerana pada masa lalu kehadiran rakyat melangkaui 30,000.

5. Sarawak mempunyai 31 kawasan Parlimen. Pada PRU-13, 25 kawasan terutama di luar bandar dikuasai parti Bn Sarawak, manakala 6 kawasan bandar dikuasai pembangkang, 5 daripada DAP dan 1 PKR. Bandar Kuching (DAP), Stampin (DAP), Bandar Sibu (DAP), Lanang (DAP), Sarikei (DAP) Miri (PKR).

6. Pada PRN 2016, daripada 82 DUN yang dipertandingkan, Bn Sarawak menang 72, manakala pembangkang 10 ( DAP 7 dan PKR 3). Kerusi Bn itu merupakan 87.8% daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan.

7. Mengadili keadaan di Sarawak sesuai dengan keputusan PRN negeri itu, ada kecenderungan, bahawa pada PRU-14 yang hanya membabitkan kerusi parlimen di Sarawak, parti pembangkang hanya akan menang maksima 6 kerusi, khususnya kawasan bandar.

8. Jika demikian, kedatangan Tun Dr Mahathir ke Sarawak, tidak memberi impak apa-apa kepada pencapaian parti pembangkang di Sarawak.

9. Apa yang mungkin berlaku, majoriti kemenangan pada kawasan-kawasan itu akan menurun dengan drastik, kerana pasti ada yang masih ingat kenyataan pemimpin DAP Sarawak, bahawa zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir adalah zaman penafian hak-hak rakyat Sarawak. Jikapun, tiada yang ingat, kemampuan parti pembangkang di negeri bumi kenyalang itu, hanya setakat itu sahaja, malah ramai mengatakan bahawa kehadiran Tun Mahathir di Kuching akan menyebabkan Parlimen Miri dan Sarikei bakal ditawan semula oleh Bn. Pada PRU-13, Miri dimenangi pembangkang dengan majoriti 1992, manakala Sarikei hanya 505.

10. Sabah dan Sarawak dan WP Labuan mempunyai 57 kerusi parlimen. Pada kedudukan sekarang 48 kerusi dikuasai Bn.

11. 48 kerusi itu sebahagian daripada 133 kerusi Bn yang dimenangi pada PRU-13 atau 36.1%. 

12. Pada PRU-13, Bn Sabah, Sarawak dan WP Labuan menang 84.2% daripada kerusi yang dipertandingkan, manakala Bn Semenanjung menang 51.2% atau 85 kerusi daripada 165 kerusi yang dipertandingkan. 

13. Berdepan dengan PRU-14, diyakini Bn Sarawak akan menang 25 kerusi Parlimen, WP Labuan 1, manakala Sabah 22. Makna kata, untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, Bn Semenanjung hanya perlu menang 64 kerusi daripada 165.


14. Nampak gayanya, Sabah dan Sarawak masih merupakan simpanan tetap Barisan Nasional.  
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook