Latest News

Wednesday 20 September 2017

Apa Misi Parti Warisan Yang Perlu Diketahui?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hanya Salleh keruak saja yg dalam UMNO-BN paling kuat kipas pemimpin Malaya... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Misi parti Warisan yang sebenar adalah supaya para pemimpinnya mendapat kuasa dan kedudukan. Parti itu bukan membawa aspirasi rakyat, akan tetapi untuk mencapai misi peribadi para pemimpinnya yang kemaruk kuasa.


Datuk Shafie Apdal dengan keinginan beliau menjadi Ketua Menteri, supaya beliau ada kuasa mencatur Yayasan Sabah dan kawasan balak Sabah. Demikian juga para pemimpin lain dalam parti itu, khususnya Peter Anthony, hanya minat terhadap kontrak-kontrak kerajaan. Sementara yang lain seperti Darell Leiking, Junz Wong mahu kedudukan, sebab itu adalah “nobody” sebelum menjadi wakil rakyat.

Pengguna facebook itu, tidak sedar, bahawa dia diperalat untuk menyokong hasrat para pemimpin parti Warisan untuk mencapai keinginan peribadi.

Siapa kata, ramai rakyat masuk Warisan? bukti nyata, hanya Shafie dan Jaujan sahaja daripada parti Umno menyertai parti itu. Manakala yang lain, memangpun ahli dan penyokong pembangkang. Parti itu, hanya mampu dapat ahli dan penyokong pembangkang, bukan ahli atau penyokong parti Umno.

Kepada penguna facebook itu, anda tertipu, ikut atau sokong Warisan, sebabnya, adik Shafie pun tidak ikut beliau. Adik Shafie, Datuk Yusof Apdal merupakan ADUN Lahad Datu, dan Ketua Bahagian Umno Silam. Malah adik Shafie kerap sekali membidas parti abang beliau, sebagai parti syiok sendiri. 

Bayangkan adik sendiripun tidak terpanggil menyertai parti Warisan. Makna kata, mereka yang menyokong parti itu, adalah penyokong syiok sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook