Latest News

Saturday 16 September 2017

APA STATUS SABAH PADA TAHUN 2050?


APABILA Wawasan 2020 dilancarkan pada Tahun 1990, Sabah masa itu, asyik dengan perjuangan Sabah for Sabahan, 20 Perkara, malah dengan slogan SABAHAN WILL SHOW THE WAY.


Kini, apabila Transformasi Nasional (TN50) mula dibicarakan, dan sedang dirintis, supaya pada Tahun 2020, dapat dilancarkan, ada sesetengah rakyat Sabah masih sibuk dengan Sabah for Sabahan, asyik dengan Batu Sumpah, asyik mempertikai tarikh 31 ogos dan 16 September, bingung tentang angka 60 dan 54.

Apabila negara menjadi negara maju Pada Tahun 2020, Sabah terpaksa menunggu 5 tahun lagi, kerana menerusi Halatuju Sabah, negeri ini, akan menjadi negeri maju pada Tahun 2025.

Kalaulah parti Barisan Nasional tidak memerintah Sabah, bermula Tahun 1994, besar kemungkinan, negeri ini, tidak akan menjadi negeri maju pada tahun seperti mana diharapkan melalui Halatuju Sabah Tahun 2025.

Cuba lihat rekod kemiskinan negeri Tahun 2009, masih berada pada kadar 19.7%, walaupun masa itu, parti Barisan Nasional telah memerintah selama 15 tahun, dan mula membangun dan memajukan negeri menerusi bantuan kerajaan Persekutuan.

Bermula Tahun 2009, telah ramai pemimpin Sabah dilantik sebagai menteri persekutuan, malah diberikan jawatan kanan, termasuk Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar & Wilayah (KKLW).

Tujuan melantik pemimpin Sabah untuk menduduki jawatan-jawatan kanan, supaya Sabah dapat mengejar ketinggalan daripada semua aspek, khususnya di kawasan luar bandar. Pun demikian, Sabah masih tidak dapat mengejar ketinggalan, kerana terlalu jauh ke belakang, sebagai akibat kerapnya pertukaran kerajaan negeri, malah satu ketika, kerajaan negeri merupakan kerajaan yang membangkang kerajaan Persekutuan.

Kini, ada sebahagian rakyat Sabah, langsung tidak mengambil iktibar, bagai mana Sabah jatuh miskin, negeri termundur, malah mereka itu menghasut rakyat supaya kembali ke masa lalu, membawa misi yang sama, semasa Sabah menjadi negeri termiskin dalam negara.

Cuba bayangkan, kawasan-kawasan yang termasuk kawasan mundur, seperti DUN Matunggong, Kedamaian, Bingkor boleh menyokong parti yang mahu membawa Sabah ke belakang. 

Pada masa kini, semua parti pembangkang di Sabah, mempunyai pendekatan yang sama, yakni berslogan masa lalu, kononnya, masa lalu itu, boleh membawa Sabah maju dan membangun.

Bayangkan, parti-parti pembangkang keluar masuk kampung mempengaruhi rakyat, kononnya parti mereka mahu mengembalikan kegemilangan negeri. Mereka, sebenarnya menipu diri sendiri, sejak bila masa, Sabah berada dalam kegemilangan?.

Apa kah kemunduran dan kemiskinan merupakan satu kegemilangan? 

Hakikat yang perlu digunakan sebagai kayu pengukur, bahawa sesebuah negeri itu berada dalam kegemilangan, apabila simpanan kewangan negeri memuaskan, bajet tahunan negeri memuaskan, malah pembangunan dan kemajuan negeri daripada segi kemudahan asas, infrastrkutur juga memuaskan.

Memang benar, semasa Sabah masih kaya dengan kayu kayan, sehinggakan diwujudkan Saham Amanah Tun Mustapha, Saham Amanah Yayasan Sabah, namun selepas kawasan hutan berkurangan, malah pada Tahun 2002, kawasan hutan Sabah hanya 838 ribu hektar.

Walaupun kawasan hutan Sabah telah ditebang melepasi 4 juta hektar, Sabah tidak juga menjadi maju dan membangun, malah hampir 40% rakyat Sabah berada dalam golongan miskin.

Kalau bukan kerana adanya Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah yang diperkenalkan Tan Sri Musa Aman, sebaik sahaja beliau dilantik ke Jawatan Ketua Menteri, mungkin kemajuan dan pembangunan Sabah serta rakyatnya tidak seperti mana yang ada sekarang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook