Latest News

Tuesday 26 September 2017

Apabila Pembangkang Merancau

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Aiikkk....apa sdh jadi ni pak Jib... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

TIDAK WAJIB seorang Ketua Negera perlu hadir setiap sesi Mesyuarat PBB, kecuali kehadiran Ketua Negara bersempena dengan kempen sesebuah negara itu untuk menjadi anggota Majlis Keselamatan, meminta sokongan penganjur temasa sukan, atau penganjur mesyuarat peringkat antarabangasa.

Jika sesi mesyuarat biasa seperti mana yang sedang berlangsung, maka cukup memadai wakil Tetap negara di PBB ataupun pada kali ini delegasi negara diketuai Menteri Luar- Datuk Anifah Aman.

Berkaitan isu penghapusan etnik di Myanmar, memang isu, isu global, akan tetapi ianya bersifat regional, iaitu di peringkat ASEAN.

Berkaitan komen pengguna facebook itu, kononnya kehadiran PM ke PBB, ada hubungkait dengan MA63, komen itu, menunjukkan, umpama mengatakan kuda itu adalah seladang.

MP Kluang yang juga pemimpin DAP yang mempersoalkan, mengapa DS Najib Razak, tidak hadir, dan menghugungkannya dengan isu 1MDB, kononnya, DS Najib takut ditanya wartawan, menunjukkan bahawa beliau tidak mengerti berkaitan protokol. Tiada metodologi bagi wartawan boleh bertanya kepada DS Najib sebarang soalan, kecuali, melalui sidang akhbar.

Kalaulah demikian, DS Najib tidak perlu ke New York, di Malaysia pun boleh mengadakan sidang akhbar.

MP Kluang itu fikir, bertanya soalan kepada seorang Ketua Negara, macam membeli surat khabar di tepi jalan.

Menerusi komen pemimpin DAP itu, terbukti, bahawa dia tahu langsung berkaitan adab kewartawanan, dia fikir, semua wartawan, seperti mana “wartawan” malaysiakini dan portal pembangkang seperti sarawak Reports, Themalaysianinsider dll, yang hanya berasaskan laporan fitnah, bohong dan tiada etika.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook