Latest News

Friday 15 September 2017

Azmin Ali- Dapat Melihat Gajah Di seberang Lautan, Kuman Di Depan Mata Tak Nampak

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Infrastruktur AS lebih penting dari paip air Sabah, S'wak... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

Bercakap berkaitan bekalan air untuk Sabah dan Sarawak yang diutarakan MB Selangor, Azmin Ali, seolah-olah boleh melihat gajah di seberang lautan, namun kuman di depan mata tidak nampak.


Isu bekalan air di Selangor, bukan rahsia umum lagi. Rakyat di negeri itu, saban hari berdepan dengan bekalan air bersih.

Berkaitan dana untuk bekalan air di Sabah dan Sarawak, sebenarnya sejak Tahun 2010, berbilion ringgit, malah di Sabah sahaja telah disediakan RM3.3bilion untuk bekalan air bersih, sebelumpun timbul pembelian pesawat Boeing oleh Mas, dan sebelumpun timbul tambahan pelaburan KWSP dan Khazanah di Amerika Syarikat.

Wang KWSP dan Khazanah, jika dilaburkan, memerlukan pertimbangan pulangan setiap sen daripada pelaburan itu. 

KWSP dan Khazanah bukan penyedia dana bagi projek-projek yang bersifat sosial, seperti penyediaan bekalan air. Dana pembinaan bekalan air, berpunca daripada dana kerajaan. Jika iapun dana KWSP atau Khazanah digunakan, maka ianya mesti atas jaminan kerajaan.

Kerajaan mempunyai caranya sendiri menyediakan dana untuk kemdahan asas. Dana seumpama itu akan disediakan menerusi KKLW, bukannya daripada KWSP atau Khazanah.

MAS membeli pesawat menggunakan dana sendiri, bukannya dana KWSP atau Khazanah. Jika syarikat itu menggunakan dana KWSP atau Khazanah, ianya berbentuk pinjaman, dengan peratusan faedah yang telah dipersetujui.

Pertimbangan KWSP dan Khazanah melabur, adalah untuk kepentingan syarikat itu, menambah pendapatan atau keuntungan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook