Latest News

Sunday 24 September 2017

Bekalan Air Luar Bandar- Shafie Mengigau Di Siang Hari

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pakatan Warisan Sabah will field a candidate for the Parliament seat in Labuan... Oleh FB Junz Wong (screenshot)

Datuk Shafie Apdal mengigau di siang hari, sehinggakan mendakwa, bahawa berbilion ringgit yang disalurkan kerajaan untuk bekalan air bersih luar bandar, akan tetapi tidak dapat menyelesaikan BALB bagi Kuala Penyu dan Menubok.


Presiden parti Warisan Sabah itu terlupa, bahawa peruntukan berbilion ringgit untuk BALB luar bandar Sabah sejak Tahun 2010-2015 berjumlah RM3.3bilion untuk penyelesaian BALB termasuk Kuala Penyu dan Menumbok, beliau yang berkuasa.

Boleh-boleh mempersalahkan orang lain, sedangkan beliau sendiri yang berkuasa terhadap dana RM3.3bilion, sehinggakan SPRM menangkap Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah dengan wang tunai dijumpai dipejabat, rumah, bank selain harta-harta lain yang bernilai ratusan juta ringgit.

Kalaulah wang RM3.3bilion itu disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah, masalah air di Kuala Penyu dan Menubok sudah lama selesai.

Shafie patut malu membangkitkan isu BALB, kerana beliau lah yang menyebabkan BALB kawasan luar bandar Sabah termasuk Kuala Penyu dan Menubok tidak selesai.

Presiden parti Warisan Sabah berlaku di depan rakyat, menerusi janji-janji bulan bintang, kerana ianya pasti tidak akan beliau tunaikan. Bayangkan kuasa ditangan, wang dibawah kawalan, pun demikian, masalah air tidak selesai.

Pada akhir: Presiden parti Warisan Sabah berlakon di depan rakyat.....
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook