Latest News

Friday 15 September 2017

Beli Kapal Boeing, Pelaburan KWSP- Bukan Isu Baru

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  DAHLAN, AS USUAL, YOU ARE FULL OF BALONEY... Oleh FB Geronimo miller (screenshot) (screenshot)

Pembelian Kapal Boeing
- Pada Julai 2016, MAS telah menandatangi pembelian 50 Boeing 737 MAX Jets bernilai AS5.5bilion, demikian juga pada Ogos tahun ini, MAS bercadang membeli 30 pesawat samada Boeing 786 atau Airbus. Jika dihubungkan dengan pengumuman Perdana Menteri, semasa ucapan balas terhadap ucapan sambutan Presiden Donald Trump semasa pertemuan Perdana Menteri dengan Presiden Amerika itu, kenyataan berkaitan pembelian kapal oleh MAS, sebenarnya bukanlah isu baru, akan tetapi hanya tindakan susulan.

- Respon gila babi pembangkang, berkaitan kenyataan Perdana Menteri itu, menunjukkan, bahawa mereka tiada kepekaan apa yang berlaku dalam negara. Kemungkinan besar,buta matanya pembangkang, termasuk macai-macai mereka, kerana kesibukan mereka mencipta isu-isu atau cerita fitnah dan bohong.

- Mengapa MAS, membeli tambahan pesawat? Sebabnya, syarikat penerbangan negera itu telah berjaya melaksanakan penstrukturan semula. Adalah tindakan betul, sesebuah syarikat besar seperti MAS, perlu mempunyai pesawat-pesawat terkini dan canggih sebagai cara bersaing dalam industri yang memang penuh dengan persaingan merebut penumpang.

- Kalau MAS tidak membeli pesawat jenis boeing, maka akan membeli juga pesawat berkapasiti serupa daripada AIRBUS. Sebagai pelanggan, MAS mempunyai pilihan. Berasaskan kepada keperluan syarikat itu, maka tidak timbul, mengapa syarikat itu membeli pesawat.

- Hanya dikeranakan, pembangkang terkejut dengan sambutan dan layanan Presiden Trump dan kejayaan lawatan Perdana Menteri ke Washington DC dan Rumah Putih, maka timbul kedengian yang luar biasa, dan memutar belit berkaitan pengumuman Perdana Menteri mngenai pembelian pesawat oleh MAS.

- Kejayaan penstrukturan MAS, sebenarnya satu tamparan kepada Tun Dr Mahathir, kerana mencerminkan kegagalan beliau, kerana syarikat penerbangan negara itu, hampir muflis semasa pmerintahan beliau, sehinggakan terpaksa diselamatkan dengan menggunakan wang negara sebesar RM8bilion.

Pelaburan KWSP

Sebenarnya, pengurus DANA KWSP, sejak 10 tahun terakhir, telah mendapat pulangan atau dividen yang tinggi daripada potfolio yang dilaburkan di luar negara, khususnya Amerika Syarikat. Berasaskan kepada peluang itu, maka pengendali dana Hari Tua itu, membuat keputusan memansuhkan syarat bahawa hanya 30% daripada simpanan ahli dibenarkan untuk dilaburkan ke luar negara, sebaliknya menerusi peraturan baru, tiada lagi had melabur di luar negara.

Sebagai rekod, untuk suku pertama Tahun 2017, 29% pelaburan KWSP di luar negara, telah menghasilkan 37% pulangan kepada KWSP secara keseluruhan. Selain itu, pengumuman pemegangan Dana itu berkaitan sumbangan dividen untuk dua tahun terakhir, bahawa dividen yang dibayar sebahagian besar bersumber daripada pelaburan luar negara, berbanding perlaburan dalam negara.

KWSP yang mempunyai DANA sebesar RM747bilion, tidak mempunyai ruang yang cukup melabur dalam negara, kerana sebagai contoh, Bursa Malaysia sahaja hanya mengumpul market capitalization sebesar RM1.7 trilion, yang mewakili seluruh syarikat yang diseneraikan di negara ini.

Hakikatnya, dana KWSP terlalu besar, untuk pelaburan dalam negara. Pengurus Dana dalam negara, sebenarnya sekian lama memberi cadangan, bahawa untuk membuka peluang dan ruang bagi KWSP meningkatkan kadar dividen untuk dibayar kepada pencarum, maka syarikat itu perlu melabur ke luar negara.

Pelaburan ke luar negara oleh KWSP, bukannya isu baru, kerana ianya sudah berjalan. Makna kata, pengumuman Perdana Menteri berkaitan cadangan KWSP menambah pelaburan di Amerika, bukannya keputusan terdesak, akan tetapi, hanya tindakan susulan.

Dakwaan pihak tertentu, bahawa pelaburan di Amerika, merupakan tindakan pembaziran, kerana kononnya tidak memberi manfaat kepada negara
, khususnya para pencarum, adalah dakwaan bukan berasaskan pertimbangan ekonomi dan kepentingan negara, akan tetapi hanya bertujuan politik menghalalkan cara.

Adalah satu peluang keemasan bagi syarikat-syarikat negara melabur secara langsung ke Amerika, kerana melabur secara langsung ke negara Paman Sam itu, tidak mudah seperti mana diperkatakan orang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook