Latest News

Tuesday 5 September 2017

Benarkah Tangki Biru Adalah Dedak UMNO?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Yahuu tangki biru sudah sampai sepanggar... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(ii) Si Inan bilang, sukup dengan tangki biru kami tatap undi BN... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii) Kawasan Foh Sang, KK pun kena bagi tangki biru... Oleh FB Tj Ajamain  (screenshot)


Tangki biru merupakan sumbangan sosial syarikat-syarikat korporat kepada penduduk yang memerlukan, walaupun ada peruntukan daripada kerajaan yang disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), kerana ada rakyat yang memohon tangki itu untuk keperluan menampung air keperluan harian.



Tangki biru berkapasiti 400 liter, biasanya hanya ditempah khas, kerana, syarikat-syarikat pembekal tangki tidak membuat tangki sedemikian. Oleh kerana jenis tangki itu ditempah khas, dan syarikat-syarikat berkenaan menyumbang kepada parti Barisan Nasional, maka warna tangki itu disesuai dengan logo parti itu. Ada masalah kah? Mereka yang mempunyai masalah dengan warna tangki itu adalah penyokong atau pemimpin pembangkang, kerana apabila melihat tangki itu bertengek di rumah-rumah penduduk, maka secara automatik difikiran mereka, mereka tidak dapat mempengaruhi penduduk itu menyokong mereka, kerana mereka tiada alternatif memancing, kerana mereka hanya membawa politik air liur dan politik bulan bintang.



Bagi parti barisan nasional, selagi mendapat sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat atau dengannya peruntukan untuk membeli tangki, maka akan disalurkan kepada para penyokong, tidak kira di luar bandar mahupun bandar, kerana keperluan air tidak terhad di luar bandar sahaja melainkan seluruh rakyat, di mana sahaja.

Yang menjadi kemuskilan para penyokong dan pemimpin pembangkang, mereka tidak boleh menggunakan tangki itu, kerana jika menggunakannya, maka menjadi bahan lawak atau diketawakan.

Sebenarnya, mereka itu mahu juga mendapatkan tangki itu, akan tetapi mereka itu malu, kerana malu, maka mereka membuatlah berbagai dakwaan, supaya rakyat tidak memohon atau mnggunakan tangki itu bagi tujuan menampung air.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook