Latest News

Monday 11 September 2017

Betapa Majunya Sabah Selepas Umno Tunjang Kerajaan Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kekayaan luarbiasa yang dimiliki oleh pemimpin2 Umno... Oleh FB Momogun (screenshot)

Walaupun cara pengguna akaun palsu itu membuat kenyataan, secara menyindir, akan tetapi kenyataan itu secara tidak langsungmengakui, bahawa sejak Umno menjadi tunjang kerajaan Sabah, maka negeri semakin maju dan membangun.



Tidak kiranya siapa yang kaya, asalkan mereka itu tidak mengambil hak sesiapa. Kerana di negara ini, jika ada yang mengambil hak siapa-siapa, maka individu atau kumpulan individu yang diambil hak itu, bukan sahaja melaporkan kepada SPRM akan tetapi pihak polis, malah akan ditularkan di media-media sosial.

Apabila negeri semakin maju, maka aktiviti ekonomi semakin rancak. Demikian juga, jika sesebuah parti atau kerajaan mahu terus memajukan rakyat, maka banyaklah projek-projek di bawa masuk di kawasan-kawasan tertentu. 

Ketua-ketua Bahagian Umno, macam juga rakyat biasa lain, ada yang terdiri daripada peniaga, kontraktor dan sebagainya. Jika aktiviti ekonomi semakin rancak, maka peluang bagi peniaga memperluas perniagaan, dan peluang mendapat pendapatan, dan seterusnya peluang mendapat keuntungn. Demikian juga jika banyak projek-projek yang di bawa ke kawasan, maka ketua-ketua bahagian juga mempunyai peluang seperti kontraktor lain mendapat projek itu.

Perbandingan kekayaan antara ketua bahagian Umno dan menteri-menteri komponen parti, sangat relatif, dan tiada kayu pengukur yang boleh digunakan, kerana kekayaan itu hak peribadi. Kekayaan tidak boleh diukur secara fizikal, kerana siapa yang lebih kaya dikukur akan ditentukan dalam akaun bank, mana yang paling banyak wang.

Meskipun kenyataan pengguna facebook itu, bersifat irihati dan dengki, akan tetapi, apa yang dipastikan, bahawa kemasukan Umno ke Sabah, telah memajukan negeri dan rakyatnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook