Latest News

Tuesday 5 September 2017

BUKAN JALAN PERHUBUNGAN DIKATAKAN KERAJAAN TIDAK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hanya jalan kayu balak dapat menghubungkan orang kampung ke sesuatu pekan... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

Rakyat kena faham berkaitan dengan jalan perhubungan. Jalan perhubungan adalah jalan yang digunapakai sekurang-kurangnya lebih 300 penduduk secara harian.

Jalan yang ditunjukkan dalam gambar, nampak gayanya bukan jalan perhubungan, akan tetapi jalan terpencil yang jarang-jarang digunakan.



Memang jalan seumpama ini boleh dilalui semasa musim kering, namun di musim hujan, memanglah jalan seumpama ini becak dan berlumpur.

Pengguna jalan ini, sebenarnya, memaksa menggunakan jalan itu, bertujuan hanya mengambil gambar, seolah-olah jalan-jalan perhubungan di Sabah semuanya demikian.

Di Sabah walaupun kawasan terpecil mungkin, jika terdapatnya penduduk di satu kawasan memenuhi kretiria pembinaan jalan perhubungan, maka kerajaan membina jalan seumpama itu. 

Jalan yang ditunjukkan, adalah biasa bagi jalan-jalan persendirian yang menuju kebun atau kawasan hutan simpan atau tanah-tanah kerajaan yang belum dibangun dan dikategorikan sebagai kawasan tidak mempunyai penghuni.

Kepada pengguna facebook itu, hasutan anda tidak mengena, kerana hasutan anda tidak bertempat.

Jika benarlah, sesuatu kawasan memenuhi kretiria untuk dibina jalan perhubungan, sudah pasti pejabat daerah atau wakil rakyat di kawasan itu telah lama memohon peruntukan untuk tujuan itu. Biasanya, setiap permohonan pejabat daerah atau wakil rakyat, akan dipenuhi kerajaan menerusi peruntukan khas.

Oleh jalan yang diviralkan itu tidak termasuk dalam perancangan Pejabat Daerah, maka sudah tentunya jalan itu tidak termasuk dalam kategori jalan perhubungan.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook